Feeds:
Posts
Comments

Poslaju yang lembab

Aduih! Berapa hari yer korang amik masa untuk menerima kiriman dari khidmat poslaju?

Last week aku order CD dari online shop ni. Dia dah post pada 30/01/2010 dari KL. Sampai hari ni aku belum dapat lagi. Mean dah seminggu tu.

Rabu lalu aku minta abang iparku yang kerja kat Pos Malaysia tolong trace. Disebabkan sangkut ngan cuti perayaan, tu yang parcel aku delayed. Tapi bagi aku ianya sangat lambat.

Kalau ikut tracing yang abang aku buat..

30/01/10 : KLIA Sepang

31/01/10 : Selangor cuti Thaipusam

1/2/10 : KL cuti Wilayah plak

2/2/10: dah ada kat Alor Setar

3/2/10: Masih kat Alor Setar lagi

So aku estimate by 4hb mesti dah dapat punya. Balik rumah punyalah frust sebab tak de notis pun dari poslaju

Poslaju biasanya kalau tuan rumah takde diorang akan bagi notis untuk kita amik kat pejabat pos.

Tapi yang aku lagi bengang, aku dapat surat biasa dari KL gak date 2hb, dah selamat aku terima..

SO dimana pos lajunya???

Maka bermulalah azamku

Boleh refer sini tentang azam 2010 ku.

Macam aku pernah cerita, aku berazam nak kurangkan berat badan (bukan nak kurus, sebab hubby tak suka aku kurus), maka sekarang Firas dah 3 bulan, maka aku pun start buat exercise.

Makanya pada Jumaat lepas aku menunaikan cabaran hubby terhadap azamku.. SENAMROBIK di taman Rimba, Alor Setar.

So, hari jumaat lepas aku pun join senamrobik yang aku rasa dah lebih 3 tahun aku tinggalkan.

Instructor pun dah bertukar orang, dulunya senamrobik slow and easy, siap ada pocho-pocho, sekarang senamrobik dah agak fast. Aku pun melompat tak hingat dunia. Peluh memang dah mencurah2.

Time aku bersenamrobik, hubby jaga Firas dan Farish. Firas letak dalam stroller dan Farish jadi tukang tolak stroller sampailah aku habis bersenamrobik.

Pas senamrobik rasa fresh, singgah breakfast makan capati (sure korang ingat aku makan nasi lemak 2 bungkus punya)..aku jaga kalori tu..

Tapi penangan senamrobik, esoknya bangun pagi satu badan lenguh2. Itulah melompat tak hingat.

Dan baru-baru ni aku dapat berita Spa kat rumah aku ni nak buka kelas aerobik.. Confirm aku akan join.

Perkembangan aku sekarang.. beratku statik kat 68kg.

Panas-panas-panas

Cuaca sekarang ni memang amat panas. Kalau ikut suhu thermometer rumah aku ni dah cecah 36-37 c. Semalam cuti tak larat nak stay kat hall, terus kami 4 beranak bertapa dalam bilik.. sebab bilik ada aircond.

Firas pun berpeluh-peluh. Kesian dia, so malam memang berlenggeng dulu. Bila nak tido baru pakaikan dia pijama. Farish memang kat rumah tak pakai baju.

Kenapa yer cuaca panas sangat sekarang? Aku ni berazam taknak minum ais, tapi sebab cuaca yang panas sangat, aku langgar pantang, minum ais gak. Tak tahan beb tengok hubby asyik minum ais, siap makan ABC, laicikang tu.

Orang kata panas ni sebab banyak dosa.. Orang beriman selalu rasa sejuk jer..

Peti ais baru kami

Dah lama tak update blog. Bukan busy tapi sibuk melayan anak2.. dan juga 5 hari tak on internet. Rasa tangan gian nak berblog, tapi tak nyempat mak oi!..

Kalau update tentang anak-anakku dan event seangkatannya,   kena jengah sini

Okay…  update terbaru

Kami dah beli peti ais baru..

Inilah peti ais baru kami. 3 pintu dgn harga Rm2k.

Jenama Mitsubishi.. Macam kereta lama aku lak. So far dah 2 barang kat rumah aku jenama mitsubishi. Satu air-cond satu lati peti ais ku ini.. Jom tengok lagi

Ni bahagian freezer. Yang dalam tupperware tu semua lauk. Ada ikan merah, ikan tenggiri, sotong dan udang. Yang dalam bekas aiskrim tu ais ketul.

Ni bahagian tengah. Tak banyak barang sebab baru beli kan dan barang sebelum ni kami dah buat clearance stock. So yang tinggal air botol, telur, yogurt drink Farish, belacan dan dalam periuk tu air barli.

Dan ini drawer bawah, tempat buah dan sayur. Katanya ada lampu LED yang menghasilkan cahaya matahari tiruan untuk kesegaran buah dan sayur di dalamnya..

Kenapa kami tukar peti ais baru??

Alkisahnya, peti ais kat rumah mertuaku dah rosak. Bapa mertuaku suruh repair jer, tapi hubby dan adiknya rancang nak beli baru. Ntah camner satu hari tu hubby cakap, nak tak kita bagi jer peti ais 2 pintu rumah kita ni, pastu kita beli peti ais baru yang lebih besar..

Pas aku setuju jer, terus kitorang gi kedai elektrik, survey harga peti ais. Mula tu ingat nak beli jenis polio yang bukak cam almari 2 pintu tu.. tapi mak ai! Harga pun paling murah adalah dekat RM4k.. Last2 jumpa peti ais 3 pintu ni.. Tak pikir panjang, zap..kad kredit pun digores dan peti ais pun dibawa pulang.

Dan pas ada peti ais ni, kami berazam untuk menyimpan barang dalam freezer mate tupperware. Dulu caca merba letak, tak tersusun, kali ini pas geram jer tengok peti ais kak Ani yang cantik tersusun, hubby pun nak tiru cam tu gak. Aku memang dah ada set ni dah.

She miscarriage again

Entah kenapa aku sedih sangat mengenangkan nasib my best friend ni. Dalam entry sebelum ni aku ada mention yang best friend aku ni dah pregnant, but today aku dapat tahu dia miscarriage.. Ya Allah, tabahkan hati sahabatku.

Macam aku kata, dia ada PCOS, tgh wat treatment, dan dapat baby ni pun sebab dia buat IVF, tapi takdir menentukan bayi itu bukan milik mereka.

Dia cerita yang dia takde bleeding pun macam dulu. Semalam ada follow up ngan gynae, tapi scan menunjukkan baby no heart beat. Dan plan for DnC esok.

Aku tak dapat bayangkan kalau perkara ini terjadi kat aku.. Mungkin aku akan meroyan kot. Sedihnya… Takde mood nak tulis lagi.

Minggu yang letih

Minggu ni aku letih, tu pasal tak hapdet dan takde masa nak hapdet blog.

Minggu ni klinik start busy gila. Sejak kami ubah new schedule, kelam kabut sikit. Banyak patient yang overlapped. Bila overlapped, memang kena fokus kat kerja, takleh nak curi tulang, nak surf internet ker, nak berforum ker.. Dan paling tak best jadual mengepam pun dah lari. Dah beberapa kali aku sempat 2x jer pam time kerja.. Memang sadis.

Balik rumah pulak, minggu lepas kami 4 beranak selesema dan ada yang demam. Farish dam aku sampai hari ni dok berhingus lagi. Nasib baik Firas recover cepat. Sehari jer dia demam dan selesema. Esok dah okay. Aku rasa antibodi dia tinggi, sebab minum susu aku.

“SUSU IBU MENGANDUNGI ANTIBODI YANG SEMULAJADI”. Wapaupun ibu dia kurang antibodi, tapi susu ibu tetap mengandungi antibodi yang bayi perlukan .

Bila balik rumah, masak untuk dinner, pastu kena layan karenah abi dan anak2. Firas pun buat perangai taknak tido awal, Farish macam biasalah, selagi tak kul 10 jangan harap dia nak masuk bilik tido.

So terpaksalah aku melayan anak2ku untuk tido dan kesudahannya aku pun tertido sama.

Dan bila balik kerja aku pun bertambah. Kalau dulu balik boleh lenggang kangkung, rileks2 sebab time pregnantkan aku dah tak supply EBM kat Farish.

Sekarang ni balik rumah, kena basuh CD, baju Firas (sebab baju new born Firas sikit jer), pastu basuh botol simpan EBM (pas transfer ke dalam liner).

Itu yang letih sikit mak kali ni.

Apapun aku anggap itu semua ibadah. Yerlah, kerja rumah yang kita buat untuk suami dan anak2 kan ibadah.

Maka untuk itu aku yakin ada pahala menunggu aku.

*Dah tau pahala apasal dok merungut*

Azam dan Tahun Baru

Tiap tahun masuk tahun baru semua orang akan tanya, Apakah azam anda?

Perlukah azam setiap kali tahun bertukar?

Bagi aku setiap hari kita mesti berazam, tak kisahlah azam tu tercapai atau tak tercapai akalmu.

Aku pun gatal nak buat azam gak.. Actually azam aku duplicate jer azam2 tahun lepas

Azam seorang isteri

-Nak jadi isteri yang sentiasa disayangi oleh en hubby

-Nak jadi isteri yang dapat memasak makanan permintaan en hubby

- Nak kurangkan rasa cemburu (sungguh aku cukup cemburu ngan hubby aku)

- menyahut seruan hubby untuk mengecilkan beberapa bahagian body yang kurang kecik

- bersabar dgn perangai hubby yang kadang2 menggeramkan hati dan jiwa

Azam seorang ibu

- Mengajar nilai2 murni dalam idup anak-anak aku

- Meneruskan penyusuan susu ibu kepada kedua2 anak aku

-Mengawal emosi kalau anak aku buat benda bertentangan ngan kehendak aku

- Sedaya upaya merancang untuk tidak memberikan adik tahun depan.. Kesian lak si Firas nanti tak dapat complete 2thn penyusuan macam Farish

Azam seorang pekerja

- Nak sambung apa yang tertunggak di tahun ini

-Nak naik pangkat

Azam seorang aku

- Nak kurus (harharhar)

Tapi camner aku nak kurus, nampak makanan, lupa niat..

Semalam aku mendapat dua berita tentang dua orang best friend aku. Satu berita gembira dan satu lagi berita sedih.

Paginya aku terima sms dari best friend aku menyatakan yang dia dah positif pregnant 7 minggu. Sebak aku dengar. Aku dan dia (nama kena rahsiakan dulu) berkawan rapat since dari matriks. Masuk uni pun amik course yang sama. Dia kawan aku berkongsi suka dan duka. Dan kami pun bertemu jodoh pada masa yang sama. Dia bernikah awal seminggu dari aku. Pas kahwin, dia khabarkan kat aku yang dia dah pregnant 6 minggu. Time tu aku belum buat UPT lagi. Next weeknya aku pulak positif 5 minggu, tapi selang beberapa hari lepas tu dia khabarkan kat aku yang dia dah miscarriage. Dan selepas itu dia didiagnosis mempunyai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrom). Dan selepas itu dia menjalani rawatan untuk PCOSnya. Dan bila aku pregnant kali kedua, aku tak sampai hati nak cakap ngan dia, yerlah, kami kawan baik sangat, susah nak cakap bila aku dah positif hamil kali kedua sedangkan dia belum ada tanda. Sebab tu bila dia kata dia dah positif, aku sangat gembira. Moga kandungannya kali ini selamat sehingga dilahirkan.

Dan tengah hari itu aku dapat berita dari hubby yang kawan aku didiagnosa menghidap breast cancer. Dia (nama juga dirahsiakan) aku kenal bila aku join team netball hospital. Dan dia seorang doktor dan mempunyai 4 orang anak. Dan dia menyusukan kesemua anak-anaknya dengan susu ibu. Dan sekarang dia masih menyusukan anak kecilnya yang baru berusia 7 bulan.

Aku curi2 baca laporan perubatan dia dalam sistem E-His hospital. Ya! confirm dia ada breast cancer dan telah menjalani kemo 1st cycle.  Mulanya dia hanya ingat bengkak susu sebab dia masih menyusukan babynya.. tapi rupanya bengkak itu adalah carcinoma. Dan dia perlu menjalani chemotherapy sebanyak 3 cycles, dan sekiranya tiada perkembangan, pembedahan perlu dilakukan.. Sebak aku baca sebab dia baru berusia 36thn tapi telah diduga dengan penyakit paling ditakuti oleh semua wanita.

Aku doakan semoga kedua2 sahabat baik aku dilindungi Allah.

Dah lama sebenarnya hubby request minta aku masak gulai ikan talang ni, tapi asyik tertunda jer.

So semalam cuti dan sebab dah lama ikan talang tu minta digulai, maka aku pun masakkanlah gulai ikan talang masin ni.

Gulai ikan talang masin ni memang glamer kat belah utara. Kalau kenduri, memang ada punya menu ni. Dan antara feveret menu aku time kenduri selain daripada gulai daging dengan rebung.

* gulai ni sebenarnya kari.. Kat utara ni kami tak panggil kari, semua gulai.

AKu ni sebenarnya pandai makan jer, tapi tak pernah buat, tak tak pernah menuntut dari arwah mak.

Untuk tidak menghampakan permintaan hubby, aku pun godeh2 website cari resepi. Dapat dan aku modified untuk jadi sebijik cam rumah kenduri tu.

Maka jadilah gulai ikan talang masin aku mengikut resepi aku dan hubby.

Bahan-bahan:

Ikan Talang masin

Sebiji nenas

2 biji terung (bulat pun boleh, panjang pun boleh)

rempah udang/ketam

rempah giling (ni kena beli kat pasar)

Santan

cili kering

Cara-caranya:

1. Rendam ikan talang masin semalaman untuk menghilangkan masinnya

2. Kupas nenas, hiris nipis2.  Terung dipotong suka hati.

3. campurkan 1 sudu rempah giling bersama sepeket rempah kari udang/ketam. Masukkan ke dalam periuk dan letak air.

4. Rebus rempah tersebut, bila mendidih masukkan ikan dan nenas. Biarkan sehingga agak sebati.

5. Masukkan santan dan kemudian terung.

6. Masukkan cili kering yang dibelah 2 dan direndam ke dalam gulai.

7. Goreng hirisan bawang dan masukkan ke dalam gulai.

8. Rasa dahulu gulai tersebut. Kalau kurang masin tambahkan garam.

Dah siap 

Aku baru jumpa kawan aku ni. Time anak 1st dia kata dia cuma manage untuk breastfeed selama 3 bulan jer. Pastu susu dia dah kering. Dan bila tengok aku gigih buat stok dan dengan Spectra3 aku, rupanya telah memotivasikan dia untuk menyusu sepenuhnya anak keduanya. Dan Alhamdulillah, lepas tu dia pun mengandung.

Sebab semangat (dan dengan semangat yang aku bagi) dia pun beli set Spectra3 macam aku. Siap beli deep freezer lagi. Bila bersalin, seawal 2 minggu dia dah buat stok. Aku seronok sangat sebab dapat menghasut dia fully BF anak dia. Pastu aku dah tak jumpa dia

Aku jumpa dia baru2 ni. Aku tanya perkembangan dia. Dia kata dia tak mengepam dah. Aku tanya kenapa, susu dah takde ker?

Selamba jer dia jawab..

Taklah, susu banyak lagi, tapi tak laratla, asyik mengepam jer.

Pastu nanti anak nak mengempeng jer. Letih la.

Aduih! tersentak aku dengar.. Sebab aku tahu susu dia memang banyak, sekali pam boleh dapat sampai 12oz gitu.

Nak buat macam mana, dah ada kesedaran, tapi bila dah praktik, menyerah.

Aku tak kisah kalau dia menyerah sebab susu dah tak ada. Kekangan masa untuk mengepam (dia bukan busy sangat pun)..

Tapi bila sindrom M tu kuat, tak dpaek den nak tolong.

Older Posts »