Feeds:
Posts
Comments

Archive for October 17th, 2009

Lagi kisah mengidamku…

Previous entry aku ada cerita bab tapai kan.. So sekarang ni part 2 kisah mengidamku… Actually bukan mengidam, cuma aku tersebut kat hubby nak makan bifstik, tapi tulah aku ni kalau wish nak makan, memang susah nak dapat.

Alkisah beefsteak ni start dari 2 minggu lepas.. Hubby ajak makan luar, so kitorang pergilah makan kat Restoran kat Jalan Sungai Korok tu. Kat situ memang ada Western food, rupernya dia cuma buat chicken chop, fish & chip dan pelbagai jenis burger.. Kitorang ingatkan ada beefsteak kat situ.. So malam tu, aku cuma makan Char Koew Teow (Eh! western ker ni???)

Lepas tu tetiba jer, aku terasa mcam nak makan beefsteak pulak. Aku bukanlah suka makan sgt western2 ni, tapi sajer galak nak makan sebelum bersalin.

Tapi tulah, hubby since pas raya memang dia banyak banyak buat oncall. Sebabnya, selain nak tambah claim (mean rezeki kami), dianak cover cuti time aku bersalin nanti.. So hari oncall, aku malas nak ajak dia makan kat luar, kang tgh best2 order hospital call.

Tapi bila hari keinginan aku tu ada, hubby plak tak oncall, balik rumah aku tengok adik ipar aku dah masak.. Dah dia dah masakkan nasi kat kita, takkan tak makan pulak kot.. So tertangguhlah niatku nak makan beefsteak.

Satu hari, kitorang keluar shoping, aku ckp ngan hubby, jom cari beefsteak area Jitra ni… Makanya, kami pun tour la Jitra ni cari kedai jual beefsteak, memang rezeki aku bila kau minta cukup susah, asal nak order jer jawapan dia “Hari ni kami tak buat beefsteak la”, “daging dah habih la kak”.. “bahan tak cukuplah kak” dan macam2 lagi alasan..

Susah kan aku ni kalau aku mengidam nak makan… So aku pun order benda lain la dulu.

Last Thursday, aku ajak lagi hubby cari beefsteak, lagipun memnag plan malam tu nak gi Alor Star.. Okay, pas Maghrib, kitorang siap2.. Hubby call kawan dia, kat mana beefsteak yg best (since hubby pun tak gemar makan western, so dia memang tak tau port yg best).. kawan dia kata kat Restoran Mama Chop Papa Grill kat Shahab Perdana. Makanya kami pun bergegas pergi sana.. Dah parking elok punya, dah duduk, baru nak order, waitress tu kata, malam ni yang grill diorang tak buat sebab 1. gas dah habis, 2. bahan tak cukup… Yang ada pun menu goreng jer.  Kan aku dah kata.. memang susah punya, padahal restoran tu tiap2 malam mana pernah fail takde western food.

So kitorang blah, hubby kata ..jom pergi stadium.. Kat situ memang ada western food, tap itaktaulah sedap ker tak.. aku pun ikut hubby jerlah.

Sampai kat stadium, nasib baik kedai tu bukak dan ada buat beefsteak.Alhamdulillah. So, kami order 2 beefsteak black pepper dan fish & chip untuk Farish. Maka dapatlah aku makan beefsteak akhirnya.

Kat luar staium tu menag happening malam2 ni sebab diorang buka gerai ala2 uptown.. dan malam tu pulak ada pertunjukan ular. Pas makan kitorang gi tengok pertunjukan ular tu.. tetiba perut aku memulas.  Aku cakap ngan hubby perut aku tak selesa, ajak dia balik.. Yang hubby kata, relaxlah, kang esok cuti, kita rondalah dulu.. Lagipun anak kau pulak tgh aktif berlari sana sini.. Tapi sebab tgk muka aku yg dah pucat, hubby pun cepat2 ajak balik.. Elok jer kereta bergerak, aku dah mengerang2.. memulas yg amat sgt, aku suruh cari toilet cepat.. singgahlah mana2 stesyen minyak pun.. Yang hubby panik sebab dia ingat aku nak bersalin.. Lagipun org selalu kata, kalau isteri mengidam dan tercapai idaman dia tu, pastu dia akan bersalin..Hubby kata “jom kita pi hospital, contraction tu”

Aku yg dah sakit perut sgt2 ni terus jawab “Orang tahulah beza contraction ngan sakit nak berak, cepat la cari toilet..”

Nasib baik, kitorang tgh town jadi petrol pump memnag banyak, tp kena buat U-turn dulu.. Aku ni kalau sakit perut yg sangat memang boleh buat pitam.. Elok jer smpai kat petronas tu, terus buka pintu, terus lari pergi toilet kat belakang..

Alamak ada org la pulak kat dalam toilet… Nasib baik ada kwan pompuan kat dlam tu, ketuk suruh kawan dia cepat sikit. Mungkin dia kesian tgk aku kot…

Masuk jer toilet, Alhamdulillah.. terlepas gak hajat aku.. Dan time tu sebenarnya lampu toilet tak nyala, rosak.. memang gelap… dan biaslaah ibu mengndung membuang , memang agak lama lah.. Sampaikan hubby terpaksa pergi check, takut aku terberanak dalam toilet…

Dan itulah cerita aku tentang mengidam.. Pas ni aku rasa takde apa dah kot yg aku betul2 teringin nak makan.. Kalau teringin pun aku buat derk jer kot..

Read Full Post »

PAPADOM

Alkisahnya…

Tgh hari tadi kakak dan abang ipar aku datang “menculik” Farish dari rumah aku.. Depa ni biasalah, weekend jer, mulalah datang menculik Farish.. Yang Farish pun satu, kalau Pakngah & makngah dia datang, memang lupa ibu ngan abi.. Kdang tu hubby  merajuk ngan Farish, sebab bila ada pakngah nya abi dilupakan.

Lagipun hari ni memang aku ngan hubby nak buat sikit aktiviti… Nak pergi bank, pastu pergi shopping (Yawata, C-Mart ngan Aneka Jitra ni tgh sale giler sempena Deepavali).. So after Hubby balik solat jumaat, kami pun chow pergi destinasi pertama kami.. MAYBANK- bayar instalment Avanza la. Due 18hb..

Pastu, hubby tanya, nak gi mana? Tetiba jer terkeluar dari mulut aku.. Jom tengok PAPADOM.. Hubby senyum jer, dan terus bawa kereta pergi Jitra Mall.

So kitorang terus gi JM Cinema, time tu pukul 3 l3bih, tengok next show kul 4.10pm.. Okaylah, bolehlah gi window shopping dulu..

Tepat kul 4.00pm, kitorang pun masuk panggung..

Papadom ni arahan Afdlin Shauki.. Aku memang peminat Afdlin Shauki sejak dia berlakon cerita soal hati.. Lagipun muka Afdlin ni macam muka hubby (bukan aku sorang jer kata, ramai yg kata).. dan karakter hubby ngan Afdlin Shauki pun tak banyak beza.. So, korang tahulah kan kenapa aku boleh jatuh chenta kat hubby.

Review sikit citer papadom ni.

Okay Papadom dilakonkan oleh

Afdlin Shauki & Liyana Jasmay

Serta Nurkhiriah, Vanida Imran, Que Haidar, Scha Alyahya, Farid Kamil dan ramai lagi..

Papadom menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa kepada anak perempuannya. Lantaran kesal dengan kematian isterinya, Saadom telah mengubah dirinya dripada seorang yg workoholic kepada bapa yg penyayang (sampai mengongkong)..

Bayangkan, time sekolah menengah, Saadom setiap hari akan menghantar nasi kandar kepada anaknya, membelasah guru silat kerana memukul anaknya (semasa melatih silat), ikut anak pergi parti dan akhirnya menjadi tukang kebun di UITM semata2 mahu mengintip pergerakan anaknya supaya anaknya terpelihara..

(citer sikit2 dahler no)

Dari awal smpai akhirm hubby ketawa berdekah2 dengan dialog pelakon dia.. Kalau hubby enjoy tu maknanya filem tu memang best. AKu memang jenis tak luahkan perasaan bila tgk movie.. kalau citer lawak camner pun aku takdelah ketawa berdekah2. (gelak dalam hati jer)

Tapi bagi kau Papadom ni ada mesej.. dan tak jemu kalau nak tonton banyak kali.. Dan di akhir cerita aku pulak yg touching (aku memnag takleh tengok citer touching ni, sure bergenang mata aku).

Tapi masih adakah papa2 sebegitu sekarang? Dan aku harapkan yang hubby akan jadi papa seperti itu (tapi takdelah smpai menyamar jadi tukang kebun)…

Bagi aku cerita ni memnag best.. Ada mesej yg tersirat… Selama ni orang akan buat cerita tentang ibu saja, tapi kali ni cerita tentang seorang ayah, memang touching..

Aku bagi thumb up untuk cerita ni…

Read Full Post »