Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 7th, 2009

Kemarin, aku, hubby, Farish dan adik iparku keluar cari makan.. actually pergi carikan adik iparku barang2 untuk kelas jahitannya.. So after soping, kitorang pun tour pekan Alor Setar tu nak mengisi perut.. Entah paa malang malam tu, susah sangat nak cari tempat makan, kalau tak tutup kedai, kedai penuh giler.. Dan memang feel hubby, dia tak suka tunggu lama2.

So tengah pusing2 kat area Shahab Perdana tu.. tetiba jer kancil kami melompat. aku yg tengah riba farish pun turut terlompat.. Farish yang time tu atas riba aku pun terlompat dan menghempap perut aku.. Aduih! sakitnya.. rupanya hubby tak perasan yang dia termasuk dalam lopak yang dalam.. time tu hubby dah cuak, asyik pegang perut aku.. tapi aku buat cool, kalau aku cakap aku sakit, confirm hubby akan pecut gi hospital.. Lagipun selalin perut aku sakit sebab terhentak tu, perut aku turut sakit sebab lapar giler..

Malam tu time tido, aku rasa perut aku mengeras sangat.. Ya Allah, janganlah jadi apa2 kat sikecikku ini.. time tu pula hubby ada kes kat OT, so aku megerang jerlah atas tilam tu..

Then kul 4 pagi, aku terjaga sebab perut aku sakit yang sangat2.. aku terus masuk bilik air, duduk atas toilet, pada masa tu macam2 aku fikirkan.. Ya Allah janganlah aku nampak darah yang keluar nanti..

Dan Alhamdulillah, rupanya sakit perutku hanyalah sakit perut nak membuang.. pas membuang tu rasa lega sangat, dan aku kembali merasakan pergerakan baby..

Tapi tulah, disebabkan sakit perut tu berlanjutan sampai hari ni, aku terus contaxt kak Muri.. kak  muri suruh observe dulu, kalau ada blood spot, cepat2 turun jumpa dia..

dan alhamdulillah, sampai kini aku masih merasa pergerakan aktif anakku ini..

semoga Allah memeliharamu sayang…..

Read Full Post »

ALFATIHAH

Tengok entry pun tahu kan, mesti ada cerita kematian…

Actually semalam aku baru tahu (since last week aku tak sempat nak join forum2), yang salah sorang kawan maya aku Salwa a.k.a ibukauthar telah keguguran.. Dan dia melalui saat2 paling mencabar, selepas kehilangan anak dalam kandungan, anak keduanya Aisyah pula masuk wad sebab denggi.. Semoga Sal tabah ye sayang..

Dan tadi juga ku baru dapat tahu salah sorang rakan forum susuibu.com iaitu ibuabi telah kehilangan anaknya sehari selepas dilahirkan.. dan mereka tidak dapat tahu punca kematian.. AlFatihah buat ibuabi sekeluarga.. Tuhan lebih menyayangi mereka.

Buat Sal dan ibuabi, ingatlah bidadari kecil anda telah menunggu anda di sana..

Aku sebenarnya teringin juga nak ada anak yang menunggu aku di’SANA” tapi aku tak sanggup nak menghadapi saat2 perpisahan itu.. Sedangkan Farish kena warded 5 hari time umur dia 9 hari dulu aku rasa dah nak meroyan, itupun tiap2 hari, 4x sehari aku prgi melawat dia. .dan setiap kali melawat aku akan lepak sampai 2x feeding.. macam mana aku nak hadapi kenyataan kalau anak aku dijemput Ilahi..

Read Full Post »