Feeds:
Posts
Comments

Archive for October 10th, 2009

Sedar tak sedar due date aku dah tinggal 15 hari lagi.. Kalau memang ikut due, lagi 2 minggu jer lagi.. AKu memang nantikan saat ni sebab utama : TAK PAYAH PERGI KERJA.. hehehe! camnerlah nak dapat award pekerja cemerlang kalau camnie..

Okay.. jom tgk checklist persediaan berpantang aku.. Dah cukup ker belum..

Persediaan di wad

Baby

1. Baju (3 pasang)

2. barut (2 helai)

3. pampers (5 helai)

4. lampin (3 helai)

5. wet tissue (1 pek kecik)

6. towel

8. selimut

9. sarung tangan dan kaki (3 pasang)

10. topi

Ibu

1. blaus (1 helai)

2. t-shirt (2 pasang)

3. kain batik (2 helai)

4. toilettries

5. maternity pad (1 pek)

6. stokin

7. tudung indon (2 helai)

8. towel

9. bra & panties ( 4 pasang)

10. kosmetik

11. buku & magazine..

(aku budget bersalin normal dan bakal discaj after 1 day), kalau duduk lebih hari, hubby ler kena balik top up barang2.

Semasa berpantang di rumah

Baby

1. baju newborn – 12 pasang (guna Farish punyer jer)

2. barut (10 helai)

3. sarung tangan & kaki (10 pasang)

4. lampin ( 2 dozen)

5. selimut

6. towel

7.  tilam + 1 bantal + 2 bolsters (2 set)

8. Tikar getah alas tilam

9. pampers  newborn (1 pek)

10. minyak telon

11. bedak pureen cornstarch (2 botol besar) – akhirnya aku jumpa kat Yawata)

12. minyak telon cap bebiku

13. baby cot ( ni memang kena guna sebab kang tak pasal abangnya naik atas adik ni)

14. kelambu baby

Ibu

1.t-shirt  & kain batik  (dalam almari)

2. bengkung tali ( 2 helai) – ni memang nak pakai sungguh2.

3. set bersalin Nona Roguy – sajer nak try, tengok testimonial cam best

4. tungku – mertua punya

5. maternity pad -2 pek

6. stokin bola

7. sandal dalam rumah.

Itu jer kot yg aku dah sediakan… sebenarnya semua tu aku recycle jer.. Ada apa2 yg penting tak aku tertinggal??

Dan macam biasa aku akan berpantang sorang2 lagi. Mak mertua tak sure dapat cuti ker tak time tu.. tapi hubby yang pasti akan bercuti 2 minggu.

Read Full Post »