Hmm.. semalam sempena maal hijrah genaplah usia Firas 2 bulan. Maknanya, sudah tiba masa ibu naik kerja balik. Nasib baik ada cuti tambahan 3 hari, so ibu akan start kerja 21hb ni (lusa tu)
Aduh! malas rasanya nak naik kerja balik. Kenapa malas?:
1. Kena bangun pagi lebih awal. Sekarang ni 6.30am baru bangun semayang subuh, takyah nak prepare barang anak ke rumah BS. Pas ni kena bangun kul 6.00am (atau lebih awal) untuk pam susu, siapkan kelengkapan anak2, hubby dan diri sendiri.
2. Bila bangun awal kena mandi awal. Sekarang ni aku mandi kul 11-12. Buat kerja rumah siap2 dulu, baru mandi.
3. Rumahku bakal tak berkemas setiap pagi.
4. Aku akan menjadi lebih sibuk kerana anak dah dua beb.
5. Kena menghadap balik kerja2 yang tetangguh untuk dibereskan.. SKT tak buat lagi, cencus, perancangan 2010, kursus2 2010 dll.
Bila time ni menjelma, aku akan berfikir, seronoknya jadi suru rumah sepenuh masa ni. Tapi bila dok rumah anak2 meragam, asyik dok kalut cepatlah naik kerja.
Dan yang pasti, bila naik kerjani, aku akan jarang update blog, apatah lagi blog hopping, ber facebook sebab kat opis takleh bukak semua tu..
selamat bekerja
jgn lupa aku hehhehe