Feeds:
Posts
Comments

Archive for September, 2010

Iklan raya

Entah kenapa aku rasa iklan raya tahun ni takde satupun yang menusuk kalbu macam tahun-tahun lepas.

Cuma adalah satu dua iklan yang kira ok bagi aku. Boleh menyentuh hati dan perasaan.

Jom tengok iklan2 raya 2010

Iklan ray PKNS ni orang kata menyentuh perasaan.. tapi aku tak rasa. Bagi aku anak dia tak patut buat parents dia camtu. Tak jawab call, even tak contact parents sehingga mereka terpaksa datang KL cari anak mereka..

Dan juga, aku tak rasa orang tua ni suka duduk rumah mewah macam tu. Adalah lebih baik, kalau anak dia balik buat rumah kat kampung.. Lagi best.. (tapi nanti dia nak kerja kat mana plak)

Iklan Petronas yang aku rasa paling tak best antara iklan2 petronas terdahulu. Memang dia nak sampaikan mesej tapi tak boleh nak feel la. tak touching langsung. (maybe sebab aku tak perlu nak ber lat talilat laili tamplum ngan hasben time nak balik raya )

Iklan raya Maxis ni aku rasa sedikit menyentuh perasaan. Kisah tentang seorang isteri yang kematian suami tetapi masih pulang beraya di rumah keluarga arwah suaminya. Aku rasa perempuan ni mualaf kot.

Ada lagi 2,3 iklan raya yang aku tak jumpa kat youtube untuk ditempek.

Aku suka iklan FINAS.. Iklan seorang india muallaf bawa bapa dia beli baju raya.. Terusik tengok time ayah dia terketar2 nak pakaikan butang baju.. Tapi kau rasa sure lebih touching kalau iklan tu Melayu sepenuhnya.

Dan juga iklan TM.. Kesinambungan iklan Merdeka. Yang 3 orang sahabat Melayu, India Cina tu. Yang tu pun ok, tapi budak2 punya raya la.

Iklan KFC pun ok gak.. Bawa balik kereta lembu..

IklanTV3  … no komen

Cuma aku tengok, iklan raya tahun ni semua nak buat 1 Malaysia.. janganlah nak semua jadikan 1 Malaysia sampai tak ambil langsung sensitiviti umat Islam..

Time raya ni rindu sangat dengan hasil karya Arwah Yasmin Ahmad. Setiap tahun sure iklan dia ditunggu-tunggu. Mana pergi lagi yer pengarah kreatif kat negara kita??

Read Full Post »

HAPPY BIRTHDAY HUBBY

Tanggal 12 Septembar 2010 genaplah usia hubby ke 32..

Selamat Hari Lahir Hubby…

Tahun ni birthday hubby jatuh pada hari raya ke3.. Last year time puasa..

So celebrate apa yer tahun ni?

Actually nak gi makan-makan semalam, tapi dua2 hero demam.. so cancel.

Hari ni lak, hubby ada date ngan joran dia kat Chalet terapung Pak Ya…

Aku tak sempat nak beli apa-apa present kat hubby. Bagi kami, kami suka pilih sendiri hadiah, biar sama-sama puas hati.. So tunggu hari yang sesuai keluar beli hadiah.

Buat hubby….

Happy birthday hubby..

Thanx for being such a great husband and father to our sons.

Love you forever… Semoga abi akan sentiasa dilindungi Allah SWT..

Read Full Post »

Salam Aidilfitri

Sempena bulan baik ni aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai ada perkataan yang mengguris hati kalian semua..

Dan juga maaf sebab jarang update blog ni.. Disebabkan kekangan masa yang amat sangat (dan takde idea)

Dengan itu, ini khas buat anda semua



Kepada yang akan pulang berhari raya, berhati-hati di jalan raya..

Dan ditujukan lagu ini buat semua

Lagu raya feveret aku..

Read Full Post »