Feeds:
Posts
Comments

Archive for October, 2010

Pas habih jalan-jalan kat Mari-mari Cultural Village, kami terus balik hotel.. Letih tol. Tido jap, tengok2 dah malam.

So malam tu nak usha dinner kat pasar ikan belakang Pasar Filipina.

Maka berjalanlah kami 4 beranak. Farish pulak dok buat merap takmau jalan, terpaksalah hubby dukung hero ibu yang bolat tu..

Sampai kat sana, mak ai! ramainya orang.

Punyalah banyak ikan2 bakar.. Satu senario yang takde kat semenanjung rasanya.

Kami pergi bahagian ikan basah dulu.. Hubby jadi geram giler tengok ikan tu.. Mana taknya, ikan merah tu sepinggan baru RM2 jer.. pastu fresh lak tu. Tengok ikan lain2 pun harga sepinggan Rm2- RM 5 jer.. lagilah geram.. Kalau boleh bawa balik, dah lama dah borong.

Pastu baru gi usha gerai ikan bakar, meratah sakan malam tu. Aku pun tak ingat ikan apa yang abi amik, cuma aku tau ada ikan pari, ikan tuna, ketam dan 1,2 jenis ikan lagi.. Kat situ air asam dia campur dengan rumpai laut.. best jugak. Licinlah kami 3 beranak membaham ikan2 kat situ.

Aku ada terbaca review dalam 1 blog, ikan2 bakar kat situ, hati2 sikit, ada yang semalam punya, dibakar berkali2.. Sebab tu aku serah tugas kat hubby sebab dia jenis particular sikit bab pilih ikan ni.

Pas kenyang, on the way balik hotel tu singgah pasar malam jalan Sinsuran.. Jamu-jamu mata tengok harga pearls dan kristal kat situ sambil bajet2 duit nak shopping ole2 buat orang semenanjung.

HARI KETIGA

Hari ketiga tu hari Ahad. Hari Ahad ada Sunday Market kat Gaya Street. Termasuk dalam “must visit” kat KK ni. Punyalah ramai orang. Farish pulak buat perangai takmau jalan. Hubby dah tak larat nak dukung, so bagi aku duit, pergilah shopping apa-apapun.

KAt Sunday Market ni macam-macam ada. Ada makanan, baju, cenderamata, kristal, pearls, pets pun ada gak.. segala macam ada. Aku sempat gak shoping brooch kristal buat ole2.

Pas habis SUnday Market, kami pi Lok Kawi Wildlife Park pulak. MAcam zoo. Tapi kat sini kebanyakannya binatang yang ada kat Sabah..

Farish sangat excited jumpa binatang-binatang tu. Dan mula mengenal binatang secara life. Selama ni dok tengok buku ngan TV jer.. Dan binatang feveret dia tentulah gajah dan bear, juga harimau.. Dan binatang baru dalam vocab dia – Orang Utan.. Selama ni dia hanya kenal monyet jer.

Seharian kat situ, kami balik hotel.. malam tu keluar makan, tapi terpaksa tapau sebab Farish dah mengantuk sangat, mengamuk2 dia kat tempat ikan bakar tu.

Hari KeTIGA

Ni hari last kami kat sana..

Fokus adalah Shopping.. Pergi pasar Filipina, cari cenderamata tambahan..

Pergi 1 Borneo sat, biasa jer,ala-ala Mid Valley la.

Pendapat aku kalau nak shopping barang-barang cam brooch, gelang, rantai pearls/kristal, murah banyak kat Pasar malam.. Kat Pasar Filipina tu mahal sikit, tapi banyak yang ori (sebab ada 1 pearl tu harga dekat RM6k)

Dan tepat jam 4pm, kami berangkat pulang ke KKIA..

Pengalaman kat Kota Kinabalu, BEST! Standard bercuti bawa anak-anak , takleh spend banyak tempat sangat. Sabah lokasi dia jauh antara satu sama lain dan kurang sign board kalau nak drive sendiri, unless kita upah orang tempatan.

Sabah ni attraction dia kat Pulau-pulau dan Gunung kinabalu.. Journey kali ni tak sampailah tempat2 camtu.

Ada banyak tempat boleh dilawati.. Kali ni kami takdan nak pi sangat tempat bersejarah.. Letih wo! Nak2 Farish buat perangai nak suruh hubby dukung..

Kena tunggu anak-anak besar, atau kami pi berdua jer hehehehe!

Kalau nak gi Sabah lagi, hubby teringin nak gi Sepilok main ngan Orang Utan.

Aku pulak teringin nak gi Gunung Kinabalu.

Dan yang pasti kami berdua teringin sangat2 nak gi pulau2 kat Sabah..

Kalau takpun, dapat pergi Nexus Karambunai pun dah kira okay (ada orang nak sponsor ker)

Advertisements

Read Full Post »

Journey pertama kami ke Mari-Mari Cultural Village.. Kira macam kampung budaya la. Kat situ ditempatkan rumah-rumah tradisional kaum-kaum yang terdapat di Sabah. Bayaran masuk RM70 seorang. Bayaran termasuk tour guide, lunch/high tea/ dinner (ikut time kita masuk).. masa masuk ada 3 fasa. Pukul 10am, pukul 2pm, pukul 6pm. Dekat 3 jam jugalah kat dalam tu.

Sebelum masuk village, kami diberi penerangan terlebih dahulu. Kat dalam kampung tu dilarang buang sampah merata-rata, dilarang petik daun, kayu etc, juga dilarang mengorat awek-awek kat dalam tu. Kami dibawa oleh guide yang bernama Yok (kaum Cino-Kadazan).. Kat dalam tu semua orang akan berpakaian mengikut kaum masing-masing.

Perjalanan merentasi titi gantung, wah Farish sangat cool even Yok menghayun2. Dia cuma pegang hubby kuat-kuat jer.

Destinasi pertama adalah rumah Dusun, Rumah Dusun ni tak dapat naik sebab tengah buat renovation, tapi aktiviti dia banyak kat bahagian luar rumah.

Sampai jer kat perkampungan tu, isyarat dibunyikan dan semua orang kampung keluar menyambut kedatangan kami (bukan ramai pun, tak sampai 10 orang pun orang kampung dia). Ketua kampung datang menyambut kedatangan tamu dengan cara meletakkan tangankat bahu, dan hubby kena letak tangannya kat bahu ketua kampung sebagai tanda salam kenal..

Pastu ketua kampung tu bagi ucapan alu-aluan, dan barulah kami dibenarkan melawat kampung tersebut.

Rumah Dusun

Kat rumah dusun, aktiviti yang dilakukan adalah memasak buluh (bamboo cooking).. Kat situ kia boleh mencuba memasak ayam di dalam buluh. Bahan-bahan yang digunakan adalah, ayam dipotong dadu, bawang, serai, halia, cili, kentang, garam serta daun (dah lupa lak daun apa).. pastu semua ramuan tu digaul dan dimasukkan dalam buluh yang telah dilapik dengan daun pisang (macam buat lemang tu), kemudian dibakar macam lemang.. Bakar dalam 1/2 jam macm tu..

Selepas buat ayam buluh, kami ditunjukkan cara-cara buat air tuak pulak (air tapai).. Awas, minuman ni haram diinum oleh orang Islam sebab memabukkan. Cara buat dia macam buat tapai.. nasi dicampur ragi, pastu perap sampai 2-3 bulan, Kalau orang Dusun, dia minum macam tu jer air tapai. Tapi ada juga yang direbus (tu ada nama lain, aku dah lupa), air yang turun tu akan diminum.

cara buat air tuak/air tapai.

Rumah Lundayeh

Rumah kedua kami pergi adalah rumah Lundayeh. Mereka terkenal sebagai head-hunter..

kaum Lundayeh ni terkenal sebagai pemotong kepala. Syarat nak kahwin pun, lelaki tu kena potong kepala orang barulah diisytiharkan seorang lelaki sejati dan boleh berkahwin. Bila ada kepala dipotong, mereka akan bina replika buaya di depan rumah, dan kepala yang dipotong itu akan diletakkan di atas kepala replika buaya itu. Mereka percaya, roh tersebut akan menjaga rumah mereka.

Kaum Lundayeh akan membela 3 jenis binatang sebagai protection. 1. Ayam (di depan rumah), 2. Babi hutan (di bawah rumah) dan 3. anjing (mengawal keliling rumah).. ketiga-tiga haiwan ini akan memberi isyarat sekiranya musuh sampai.

Mereka juga mahir membuat baju dari kulit kayu.. lembut kulit kayu tu, hubby pun sempat bergambar dengan baju kayu tersebut.

Rumah Rungus

Kat rumah Rungus pulak, kami diajar cara-cara buat api dari buluh. kena cari buluh yang betul2 kering, takik buluh itu sedikit, ambil habuk buluh yang disagat (macam habuk kayu diketam tu) dan letak bawah buluh. ambil satu batang buluh yang halus dan gesek buluh laju2 sehingga keluar asap.. Nampak cam senang, tapi hubby buat tak kuar pun asap dia.

 

Rumah Bajau

Bajau ada 2 jenis, bajau laut, bajau darat. Dan Bajau ni adalah kaum majoriti beragama Islam.. Simbol warna Bajau ni adalah Hijau Kuning Kedah Darulaman..

Kat rumah Bajau ni ada pelamin dan sempatlah kami bersamding berempat.

Lepas tu ada demo buat kuih jala. Ala kalau kat sini macam rupa kuih karas. Ingredient dia pun sama, cuma agak kasar sikit. Cara dia masukkan dalam tempurung yang berlubang, ketuk2 pemegang dia dan pusing cam buat roti jala tu.. pastu goreng dan lipat.sebijik cam kuih karas.

 

Rumah Murut.

Rumah terakhir kat situ adalah Murut.

kat rumah Murut, ni aktiviti dia adalah gelangsaran. Upacara ni dibuat selepas seseorang berjaya mendapatkan kepala, makan lelaki itu berhak mendapat ganjaran. Cara main dia semua orang kena enjut2 atas gelangsaran, macam main trampolin tapi ni trampolin dari buluh. makin lama makin laju dan seorang kena melompat tinggi capai hadiah yang tergantung di atas tu. Malangnya hubby tak cukup tinggilah nak melompat..

Pastu demo hisap rokok daun, time ni aku biar jer hubby layan si Yok tu, aku layan Farish main gelangsaran.

Akhir sekali diorang buatkan tatoo.. Tatoo ni dari henna jer, so takde masalah.. Hubby buat kat lengan, aku pulak buat kat atas tangan.

Keunikan rumah-rumah kaum Sabah ni adalah mereka sangat menghormati rumah. rumah mereka didiami sehingga bergenerasi. Kebanyakkan rumah hanya ada 1 bilik saja di mana didiami oleh orang2 perempuan yang berkahwin. Anak-anak dara pula biasanya tidur di bahagian atas (macam para). Ini supaya orang lelaki tidak boleh berbuat sesuka hati.

Mereka juga tidak membuang di dalam rumah.. semua aktiviti kencing berak kena buat kat luar rumah.. termasuklah ‘buat projek’

Mereka juga tidak boleh buat sex dalam rumah,  kalau suami isteri nak buat sex, mereka perlu pergi ke pondok di dalam hutan. Sebab itulah ada istilah “sudah lama tidak ke ladang” bermaksud “dah lama tak ehem ehem”

Acara akhir adalah persembahan kebudayaan dari semua penari kebudayaan mereka.

Hubby pun amik peluang menari tarian buluh tu, nasib baik tak terkepit kaki.

Last sekali kami dibawa ke cafe untuk makan. Time sampai tu kira high tea la.. okaylah, ada bihun goreng, ayam goreng, kuih (goreng pisang, keledek dan kentang), serta ayam buluh yang hubby masak tadi.Jangan risau semua makanan situ halal. Chef dia pun Islam..

Rupa ayam buluh dah siap masak, sedap..

Pendapat aku, kira berbaloi lah pergi sini. Guide dia sangat best, geng lak ngan hubby yang loyar buruk, habis segala cerita yang aku rasa dia tak share ngan tourist lain dia cerita kat hubby.

Cuma satu jer, aku pergi setiap rumah ni aku jumpa orang yang sama jer. Maknanya, mereka ni kejap jadi orang Murut, kejap orang Rungus, kejap jadi Dusun, dan last sekali jadi penari jugak.. save budget..

Read Full Post »

Lama sangat aku tinggalkan blog ni.. Asyik tak sempat jer nak update.. Actually last week aku bercuti-cuti Malaysia. Kali ni pergi ke Sabah pulak.

Actually dah rancang since awal tahun, so intai-intai Air Asia deal, dapatlah harga murah time tu. Pergi balik Penang -KK untuk 4 orang (3 dewasa + 1 baby) total = Rm835 jer.

Kalau ikutkan jadual asal, flight kitorang bertolak kul 10am, tapi entah bila la plak, AA ni ubah jadual flight pergi ke pukul 9.05pm. Perjalanan hampir 3 jam, so sampai KK dah pukul 12am.

Alhamdulillah, dua-dua hero aku ok jer naik flight. Farish ni kali ke3, tapi dulu time naik dia kecik lagi, masih dok atas riba lagi. Sekarang ni dah kena dok seat sendiri. Time nak berlepas tu, hubby alih perhatian Farish dengan tengok menu2 supaya dia tak rasa gayat sangat. Firas, cam biasa, melekat kat nenen jer lah.

Tepat jam 11.50pm, kami pun sampai KKIA. Amik teksi terus gi hotel. Kat sana kami dok kat King Park Hotel.

Gambar-gambar ceria Farish dan Firas bergurau senda atas katil. Yang hujung kanan tu Farish dah letih sangat.Bawah tu pulak gambar pemandangan KK dari atas Hotel (tingkat 9)

HARI PERTAMA

Actually kami ni jenis gamble jer. takde perancangan pun nak ke mana. Mula tu ingat nak sewa kereta, tapi tak jadi sebab masih weng-weng nak pergi mana dulu.

Last2 kami pi kat tepi pantai, bersebelahan dengan Pasar Filipina. Kat situ hubby dah stuck sebab ramai orang tengah mengail.. Dah nama kaki pancing, melekatlah kat situ..

Berdepan dengan port orang mancing tu ada kedai buah, kebanyakannya jual pisang, selain tu ada orang jual air kelapa muda.. fresh. sebiji RM2.50 tak kira besar mana buah tu.

Kat tepi laut sambil menikmati air kelapa muda.

Kami still takde arah tumpuan lagi. So terus cari pejabat pelancongan. Kat KK ni banyak pusat penerangan pelancongan, tiba kat sana, pelayan tetamu tu story itu ini..

Antara pusat2 pelancongan yang boleh dilawati

(kredit to Sabahtourism.com)

 

Decide punya decide, last-last kami amik keputusan nak pi Mari-Mari Cultural Village dulu.

Kat Sabah ni tempat pelancongan dia jauh antara satu sama lain.. Kalau kami pi berdua saja tak kisah sangat, tapi bawak anak-anak ni kena selective sikitlah tempat yang nak pergi.

So cerita tentang Mari-Mari cultural Village ni kat Cuti-cuti Malaysia – Part 2

Kat Sabah ni kalau tak tahu jalan, naik public transport jer lah. Driver teksi tu sendiri cakap kat Sabah ni sign board ke tempat-tempat pelancongan ni tak banyak. Nasib baik tak sewa kereta, kalau tak tak sampai la kami.

Tapi harga teksi pun boleh tahan gak, sebab tempat dia jauh dan dia akan tunggu kita kat sana. Kira bayar pergi balik la.

So kena spend duit lebih la yer untuk tambang teksi ni.

Read Full Post »