Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Anak-anakku’ Category

Matching skill Farish

Matching atau padanan adalah antara kemahiran pre-verbal yg perlu kanak2 master sebelum belajar memahami sesuatu. Matching bermula dari memadankan dua benda serupa sehinggalah kepada matching tahap kompleks ( matching ikut kategori)

Aku nak cerita tentang skill matching yg Farish dapat semalam.

Tapi aku masih confused?? Apa yg di matchkan Farish.

Semalam aku tengok The Biggest Loser ngan Farish. Farish ni kalau tengok TV badan dia akan aktif meniru setiap pergerakan org kat dalam TV.

Then ada part interview tu ,Farish datang dekat ngan aku.. Panggil “ibu” sambil tepuk2 baju aku dan tunjuk TV. Aku try teka apa dia cuba nak sampaikan, sampailah aku realized yang dia matchkan baju merah aku ngan baju merah peserta tu. Wah! anak aku sudah mahu mengenal warna.. Clever my son.

Bila aku kata ” Oh! Baju ibu merah sama macam baju uncle tu”

Farish geleng kepala dan tepuk2 lagi baju aku. Aku ulang lagi pernyataan atas tu, dan dia ulang lagi perbuatan dia.

Dan aku terfikir… Farish ni nak matchkan colour baju ker, fizikal aku ngan peserta tu? Sebab Farish tepuk baju kat bahagian perut aku..

Waa! Farish tak samakan ibu ngan peserta The Biggest Loser tu kan? Farish anak yg baik kan.. Sekali sekala ibu tak kisah Farish tak cakap benar.

(Takkan badan aku cam peserta the Biggest loser kot)..

Advertisements

Read Full Post »

Alkisahnya, since minggu ni aku n family dah tido berempat dalam bilik. Sejak aku bersalin, aku dan Firas tidur kat hall manakala hubby dan Farish tido dalam bilik. Bukan apa, aku takan kkena aircond pas baru bersalin ni. Lagipun Firas lebih selesa ditidurkan dalam baby cot yang letak kat luar tu. Dan juga rasanya tak muat nak tidur berempat atas tilam queen size kami tu.

 

Dan disebabkan hubby nak kami tido sekali, hubby pun belikan satu tilam bujang untuk diletakkan dalam bilik.

 

Selalunya aku akan tidokan Farish dulu dalam bilik. Bila dia dah tidur, baru hubby kan bawa masuk Firas masuk bilik.

Semalam, sedang aku nenenkan Farish untuk dia tidur, Firas pulak terjaga nak susu. Hubby pun bawa masuk Firas dalam bilik untuk disusukan. Pas menyusu, Firas taknak tidur pulak. Yang Farish pulak aku rasa dia excited lebih sebab tengok adik dia tidur sekali. Siap melompat2 atas tilam. cam seronok sangat.

 

Sampai kul 12.30pg, 2 hero aku masih tak tido2 lagi. Yang firas mata bulat terbuka. Yang Farish, kejap baring kena bangun, takde tanda2 nak tido. Farish pulak kejap2 melanggar batas nak jenguk adik dia. Yang hubby dah selamat tidur.. Yerlah esok dia nak kerja. Tapi tidur2 ayam jer sebab Farish kejap2 akan korek hidung hubby, kejap2 tampar hubby.

 

Last2 sampai kul 1am, sebab 2,2 tak tido lagi. Aku bawa keluar Firas. Tidurkan dia kat luar, dan farish hubby tidokan kat dalam. Tak sampai 10 minit 2,2 heroku selamat belayar.. Senanglak tido.. geramnya aku.

 

Aduih! camnerla esok ni. Sebab esok hubby kena gi kursus kat HKL 3 hari. Aku pulak tinggal sorang2 jer nanti. Hopefully diorang tak berjaga macma malam tadi.. Kena fikirkan mekanisme supaya salah sorang tu dapat tidur dulu. Yang pasti Farish kena tidur dulu.

Read Full Post »

Kesian Abang Farish

Weekend haritu Farish telah diculik oleh kakakku (seperti biasa), tapi kali ini sampai 2 hari. Maka 2 malam Farish tak tidur ngan ibu dia ni..

Semalam, akak aku dah pulangkan Farish, time sampai rumah tu Farish dah tido. Abang ipar aku tidokan jer Farish depan TV. Pas kitorang dinner, Farish terjaga. Diabangun terus cari abi dia, minta dukung, dan taknak lepas (Ha! tulah sapa suruh tinggal abi lama2).

 

Then pastu cari aku, mula2 tu cium pipi, muka, mulut dan pastu sengih2 demand for nenen dia.

Aku ajak dia masuk bilik, lepaslah rindu dia untuk 15 min. Katl uar tu diorang tgh tengok bola, bila dengar diorang jerit “GOL” jer, si Farish ajak aku keluar bilik.

 

Pas kakak aku semua balik, hubby pulak ada kes kena buat (hubby oncall semalam), makanya, aku bawa Farish dan Firas masuk bilik terus. Farish lagi sekali request nak BF lagi, tapi pada masa yang sama si Firas pun demand BF gak. Aku tak reti nak buat double BF, sebab haritu try buat, lenguh badan aku sebelah.

Aku cakap ngan Farish “Ibu bagi adik dulu yer.. Nanti adik habis Farish pulak yer”

Farish cam merajuk, tapi kau dok pujuk2 dia, suruh dia baring dulu, pastu aku layan dia pulak.

Firas pulak malam tu lamalak pulak dia BF, selalunya kejap jer. Yang Farish masih setia menunggu, tengok adik tak siap2 lagi, dia pun golek2 atas tilam sambil main ngan bayang2 kat dinding.

 

Dan akhirnya, Firas tak juga tido2, tapi Farish yang tertido dulu.. Kesiannya Farish, semalam tak dapat nak nenen ibu.

Bila tengok keadaan macam ni, memang aku kuat mengatakan yang aku hanya akan mengandung balik bila Firas mengkhatamkan tempoh penyusuan selama 2 tahun.  Kesian tengok Farish banyak berkorban untuk adiknya..

Read Full Post »

Firas Telah Dibotakkan

Hmm.. 26hb lepas, genap umur Firas 9hari, rambut Firas telah selamat dicukur. Takde buat majlis apa2 pun sebab dah takde org kat rumah.

Firas dah gugur tali pusat hari ke6, mula tu decide nak buat hari ke7, tapi Mak Kiah a.k.a bidan cakap buat hari ke9, iaitu hari terakhir mengurut. Kami ikut jerlah.

Maka pagi tu, Mak Kiah datang, urut aku dulu untuk hari terakhir (3 hari berturut2), pas habis berurut, giliran Firas pulak dibotakkan kepala.

DSC04075

Kat atas ni bahan2 yang digunakan…

gunting, pisau cukur, bedak sejuk, sirih pinang, sintok, air, kurma+air zamzam+gula+garam= upacara belah mulut

Selipar Hotel (abaikan-camner boleh termasuk dalam bhn2 lak ni)

 

DSC04088

Sebelum bercukur tu, Firas kena bedung dulu.. Senang nak bercukur nanti.

Selepas siap berbedung, kami sama2 membaca selawat ke atas Nabi dan berzanji..

Selepas siap berzanji, maka upacara bercukur dimulakan.. (Sorry! takleh upload gambar tgh bercukur sebab gambar ibu tgh seksi time tu)

DSC04095

Dah siap dicukur.. Tengok kepala firas dah botak.

DSC04100

Selepas tu Firas dimandikan dengan satu jag air yang dicampur dgn daun sintok, sirih pinang dan limau purut.

DSC04105

Selesai mandi, Firas dibedakkan seluruh badan dan dipakaikan baju. selepas tu Mak Kiah memberikan firas minum air zamzam, buah kurma, garam dan gula sebagai tanda rencah hidup dunia. Hmm sebelum tu bibir Firas dibelah dengan cincin ibu terlebih dahulu.

Selepas itu firas dipakaikan dengan tali yang dibuat dari 7 helai benang. Mulanya Mak Kiah buat dengan benang hitam, tapi bila dapat tahu yang Firas ni ada “tengku”, terus Mak Kiah stop dan buat pulak gelang warna kuning. Actually kalau ikut ayah, tak perlu benda2 kuning ni dah. Tapi Mak Kiah kata, keturunan tak boleh putus, kalau dah keturunan Tengku mesti kena guna benda warna kuning.. Yang aku heran time farish dulu takdelah pulak dia buat tali2 kuning ni.. Kitorang pun ikut jerlah, lagipun bidan ni kadang tu takut melanggar pantang dia. Mak Kiah ada cerita dulu dia pernah cukur rambut keturunan tengku gak, tak ikut peraturan, anak tu demam tak kebah2, dan Mak Kiah pun sakit badan2. Sebab tu bila Mak Kiah bidankan anak berketurunan Tengku ni, dia sangat berhati2 ngan adat.

Dan Alhamdulillah, selepas selesaisemua Firas pun tido dgn nyenyak..

DSC04108

Actually mak Kiah kata dia dah dapat baca time nak start cukur Firas tu. Firas menangis jer, dan terpaksa aku nenenkan sepanjang masa bercukur tu (tu pasal takleh upload gambo tu), pastu time mandi pun dia nangis, sedangkan Firas memang jenis suka mandi.Pastu tali hitam yang dia dah siapkan tu, tetiba jer hilang time nak pakaikan. Pas pakaikan tali kuning tu, baru Firas diam, dan terus nyenyak tido..

Entahlah, nak percaya ker tak? Tapi memang dulu pun arwah mak pernah cakap, Keturunan Tengku ni  jangan buat main2, diorang masih mewarisi ketulahan nenek moyang mereka..

Read Full Post »

Hmmm.. Sekarang Farish dah bertukar title menjadi abang.. Tak sangka, genap usia dia 18 bulan @ 1 1/2 thn, dia sudah memikul tanggungjawab menjadi seorang abang. Dengan Farish yang baru mula mengenal dunia, belum pandai bertutur kata, belum pandai meluahkan rasa hati, aduih! rasa sayu sangat bila tengok dia dah pandai berkongsi kasih dengan adiknya.

Mengikut pengalaman aku dgn anak2 sedara aku, diorang semuanya cukup cemburu dengan kehadiran adik. Ada juga yang terpaksa diletak berjauhan, ada yg terpaksa dihantar baik kampung sebab adik sentiasa berada dalam keadaan terancam. Bayangkan Kamil anak sedaraku yang sihat itu, nyaris2 nak hilang nyawa bila Mamat (abang dia) menghempuk bantal dan siap tekan lagi bantal tu ke muka Kamil.. Nasib baik kakakku nampak cepat.. disebabkan itulah, Mamat dihantar balik ke kampung sampai umur Kamil dah setahun. (time tu Mamat dah 2 1/2 thn)

Pas bersalin, esokya, hubby bawa Farish jumpa aku.. Yerlah semalam dia tak dapat tidur, selama ni mesti tidur ngan kau, tetiba semalam ibu tak ada. Masuk wad, terus dia panjat katil, benda pertama yg dia buat adalah cium aku. Pastu dia nampak ada baby kat dalam cot. Terus dia tunjuk dan sebut “Dik”.. Bila aku tanya “Mana adik?” dia tunjuk kat baby, bukan kat perut macam selalu. Pastu dia mula tunjuk excitednya, mulalah nakpanjat cot nak sentuh baby.. Aku rasa dia tak jeles sebab aku tak pegang baby time tu.

 

Bila dah dscaj, aku bagi mertuaku yg pegang Firas dan aku layan Farish. Sebab aku taknak dia rasa tersisih (lagipun ramai yg pesan,jgn pegang baby bila first time balik rumah, biar abang tu tak terasa sangat kewujudan adiknya).

 

Sampai kat rumah, Firas dah minta susu. Aku sebenarnya paling risau bab ni..Sedangkan hubby pun tak boleh rapat ngan aku, sure kena lempang, apatah lagi nak menetek.. Tapi since mengandung, aku selalu pesan kat Farish, nanti adik keluar kena share susu ibu ni, dan kena bagi adik dulu..

 

Dan miracle, dia tak kisah langsung aku menyusu adik dia, dan dia akan sabar menunggu sebelah aku, sambil usap2  kepala, sambil cium2 kepala Firas.  Dan dia akan menunggu sampai Firas habis menyusu, kemudian dia akan minta habuan dia pulak.

 

Dan dah masuk minggu kedua ni pun, Farish memang tak kisah langsung bila aku layan Firas. Even kalau time tu Farish tengah menyusu, tetiba Firas menangis @ terjaga, Farish akan stop dan inform aku yang Firas nangis nak susu, kadang tu sebak sangat rasa hati.. Anakku dah matang rupanya.

 

Dan sehingga kini, Farish masih belum buat apa2 yg menyakitkan adik dia. Even kadang tu Firas dok kat bawah, dia tak kacau pun. Time mandikan Firas, Farish pun akan temankan, time pakaikan baju kat Firas, Farish akan jadi tuang passing bedak, minyak dll.. Dan tunggu sampai Firas siap. Dan dia paling prihatin kalau adik dia berbunyi.

 

Aku bangga dengan progress Farish, walaupun pertuturan dia agak lambat (sampai sekarang vocab dia ciput sangat), tapi dari segi pemahaman, kognitif, sosial Farish lebih advance berbanding rakan sebayanya yang lain.

 

Tapi satu saja perangai dia yang tak berubah… Bila dengan hubby, dia akan menunjukkan perangai mengada-ngada dia.. Mungkin dia tahu aku perlukan rehat dan aku tak dapat nak melayan dia sepenuhnya macam dulu, maka dengan hubby dia akan tagih semua tu.

Dengan aku dia akan bermanja bila Firas dah tidur.

 

FArish Haikal…. Ibu sangat bangga denganmu… Semoga perangai Farish ni kekal selamanya.. Janji dengan ibu akan jadi seorang abang yang penyayang seperti yang Farish tunjuk sekarang ni.

Read Full Post »

Alhamdulillah,akhirnya anak keduaku selamat dilahirkan.. aku tak boleh nak taip panjang2 lagi.. Sakit pinggang nak duduk lama2 atas kerusi ni.. So, aku paste gambar2 dulu.. Nanti pelan2 aku story mory kay.

Nama anakku :  TENGK MUHAMMAD FIRAS HANDZALAH

MUHAMMAD : Yang Terpuji

FIRAS : Kecerdikan

HANDZALAH : Nama sahabat Nabi/Pejuang Islam.

Tarikh/jam : 18 Oktober 2009 jam 6.22pm

Tempat : Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Kelahiran : Normal delivery

Berat lahir : 3.24kg

Panjang : 50cm

Apgar Score : 9 in 1 min, 10 in 5 min

DSC04035

Tengah mengambil gas ethonox , konon taknak pain killer, last minute tak tahan gak aku ni.

DSC04036

Ni sebenarnya tgh tunggu another contraction sebelum proses meneran.. Cam rilex jer aku ni..

DSC04037

Dah nampak kepala dah, eh! dah proses meneran ni.

DSC04040

Tangisan pertama sebaik lahir..

DSC04045

Sentuhan seorang ibu.. sebaik dibersihkan

DSC04048

Tenang jer muka ibu dan anak.. Hilang segala kesakitan sebaik Firas dilahirkan.

DSC04049

There is no place that comfort as mother’s side.

DSC04054

My first drink… Sucking colostrum from ibu’s breast.

DSC04052

Wajah Kesayangan Ibu, Abi dan Abang Farish…

Read Full Post »

Semalam, pas kerja mcm biasa aku amik Farish kat rumah Kak Ani, pengasuhnya. Sampai jer, macam biasa Farish akan tunggu kami kat depan pintu.. Selalunya, bila nampak kereta kami smpai, dia akan bangun melompat2 dan mulut bising inform yg kami dah sampai. Tapi semalam, dia tak mcm tu pun. dia duduk jer, tak excited langsung bila kami sampai.

Kak ani inform yg hari ni, Farish takmau makan. dia makan nasi sikt jer pagi tu, pastu terus takmau makan dah sampai petang. so kak Ani bagi dia kurma, sekurangnya ada gak makanan masuk perut dia. Farish nampak letih sangat, selalu dia ceria, tapi hari ni tak. Takut juga kalau2 nak demam ker, apa ker. Mula kak Ani memang nampak risau dah. Kak ani memang cam tu, kalau Farish lain sikit jer, dialah yg paing risau. Farish selesema jer, dialah paling risau, sedangkan kami relax jer.

Balik rumah, aku minta hubby suapkan bubur lambuk. Mula tu dia tak mau.. pastu aku tambah sikit kicap, bagi dia rasa dulu. pastu baru dia nak makan. dari satu suap ke satu suap last2 licin 2 1/4 mangkuk. Pastu time nak berbuka pulak, dia kacau lagi kami makan, suapkan dia kuih tepung talam, licin sepotong seringgit tu. Pastu dia minta susu, habis sebotol.

Aku check balik, kenapa dia taknak makan kat rumah pengasuh dia?

Since aku dapat severe back pain hari tu, aku dah jaang buat bekal kat Farish. Lagipun kak Ani pun cakap, dia boleh masak. (sememangnya mana ada org hantar kat BS masak sendiri. BS yg masakkan semua. Cuma aku jer yg rajin, nak bg anak aku makan air tangan aku jer)..
Bila masuk puasa ni, aku tgk kadar kerajinan aku, kalau rajin aku akan masakkan lauk or tapau jer lauk sahur yg sesuai.

Semalam, sebab habis nasi dan lauk sahur licin. Penyakit M ku pulak datang (padahal ku takde idea nak masak apa pagi ni), sebab bahan mentah memang hampir tiada. so aku tak bekalkan apa2 semalam.

Mungkin sebab dia merjuk kot hari ni tak rasa masakan ibu, terus dia taknak makan. Nampak gayanya aku kena rajinkan diri untuk tidak bermalasan untuk buat bekal kat anak aku..

Tapi tulah anak teruna aku, pas isi minyak balik, aktifnya kembali. Sibuk jer ajak abinya main mercun cam kelmarin. Mulut dok bising “pom!pom!”. pas maghrib, abi ajak aku gi Kuala Perlis, makan sotong celup tepung. Kat sana satu restoran tu dia merayau. Mungkin nak balas dendam kot, sepanjang siang, dia pasif.

Read Full Post »

Older Posts »