Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Breastfeeding’ Category

Nyonya dan BF

Hari jumaat lepas adalah hari aku dan family melancong ke Alor Setar.. hahahah! jauhnyer… bukan apa. dah gaji kan, mulalah dalam kepala idea nak beli itu ini.

Bermula dari Metrojaya sale kat Stadium Sultan Abdul Halim, kami terus gi kat kedai lektrik feveret kami sekeluarga kat Simpang Kuala.

Ramainyer orang kat kedai letrik tu. Biasalah gaji dah masyuk..

Aku pun dok lepak kat luar sambil dok perati barang promosi sempena wordl cup.. Ada offer Sony Bravia pojaan hubby.. tapi nanti dululah..

Aku dah lenguh mengendong Firas, aku pun lepak kat kerusi sebelah sorang nyonya ni. Nyonya ni mak tokey kedai tu. Dia pun cuit2 pipi Firas dan tanya aku..bermulalah dialog aku dan nyonya itu

Nyonya: Belapa bulan dah ni?

Aku: 7 bulan

Nyonya: Wa! sihat wo. Bagi makan apa?

Aku : Dia minum susu badan.

Nyonya: bagus-bagus.. Anak aku dulu pun aku bagi susu badan

(Wah! auntie ni pro BF ni..)

Aku: Anak auntie berapa orang?

Nyonya: 8 olang. 6 olang aku bagi susu badan. Semua kerja besaq2. Yang dua olang tu aku bagi susu tepung. Mengaji tak pandai.

Aku: Awat auntie bagi 2 orang tu susu tepung?

Nyonya : Aku kerja waktu tu. tu pasal bagi susu tepung.

Aku : Auntie, kerja pun boleh bagi susu badan. Saya pun kerja, tapi saya bagi penuh susu badan kat anak saya.

Nyonya : Macam mana lu bagi, lu kerja?

Aku : Saya perah masuk botol la. Bagi sama pengasuh. Nanti anak nak susu, pengasuh bagi.

Nyonya: Mana boleh. susu tu ada kuman.

(Aku pun membuat muka penuh confused)

Aku : Mana ada kuman, susu ibu takdak kuman.

Nyonya: tak boleh-tak boleh. Kalau perah kena buang. susu tu ada kuman.

Aku: taklah auntie, boleh simpan dalam peti ais auntie. Kasi beku, tahan lebih sebulan tu.

Nyonya: Kasi beku wa! Lagi manyak kuman.. lagi bagus bagi susu tepung.

Aku ; Susu tepung lagi banyak kuman auntie. lagi tak bagus untuk baby. Susu ibu, kalau beku, kita cair, pastu rendam air panas, bagi sama baby, khasiat dia sama macam dia hisap susu badan.

Nyonya: Tak bole,tak boleh.. mana boleh macam tu. Kena buang susu tu, kena bagi susu tepung. Nanti anak ni banyak kuman..

(dan bermulalah dialog argue mengargue antara aku ngan nyonya tu)

last-last.. auntie tu tetap ngan pendirian dia : susu perahan ada kuman.. bagi FM lagi bagus

Aku : takperlah auntie, laki saya mau balik dah tu..

Aku pun terus blah.. Hmm..inilah barrier paling membunuh niat nak BF. AKu pun taktau kalau aku jumpa orang camni, cmaner nak tarbiah..

Dia sangat tahu bahawa susu ibu yang terbaik.. tapi susu ibu itu hanyalah dihisap direct dari breast, bukan yang diperah..

Advertisements

Read Full Post »

Assalamualaikum semua..

Saya nak warwarkan di sini bahawa saya dan rinirini telah mengambil inisiatif untuk membentuk satu kumpulan BF mothers support group di Alor Setar.

Maka dengan ini saya mengalu-alukan penyertaan dari ibu2 yang berada di sekitar Alor Setar, Jitra, Pendang, Changlon dan mana2 daerah yg ingin turut serta dialu-alukan. Perlis ngan Penang nak join pon bleh.

Saya juga dah create group kat FB
Kumpulan Sokongan BF mom Alor Setar

Sebagai permulaan SGM 1 akan berlangsung

tarikh: 29hb Mei 2010 (tarikh dah tukar ni)
Masa :9am- 12pm
tempat: Kompleks perniagaan Kanchut
(Dah tukar pulak sama ada TAsik darulaman atau Taman Rimba)
Bayaran: percuma
sedang memikirkan sama ada pot luck or just kutip duit untuk cater food

Kalau penyertaan memberangsangkan, kena cari tempat alternatif.

Sesiapa yg berminat, boleh PM saya
sertakan nama, no. tel dan email address , Facebook ID kalau ada.

Ajakla juga kawan2 yg anda kenal sekitar Kedah ni..

Regards,
Hanaseman
Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (northern region)

Read Full Post »

Dah lama tak hapdet blog.

Actually 3 hari aku tak online langsung sebab aku attend Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor course 5-7 Mac kat Penang.

Alhamdulillah, kini aku mempunyai lagi satu tanggungjawab..tanggungjawab membimbing ibu2 yang ingin dan berminat dengan penyusuan susu ibu.

So after ni kena sibukkan (dan rajinkan diri) lagilah.

Gambar-gambar dan cerita mengenai MBfPC course ni boleh tengok kat sini dan kat sini juga.

Read Full Post »

Aku baru jumpa kawan aku ni. Time anak 1st dia kata dia cuma manage untuk breastfeed selama 3 bulan jer. Pastu susu dia dah kering. Dan bila tengok aku gigih buat stok dan dengan Spectra3 aku, rupanya telah memotivasikan dia untuk menyusu sepenuhnya anak keduanya. Dan Alhamdulillah, lepas tu dia pun mengandung.

Sebab semangat (dan dengan semangat yang aku bagi) dia pun beli set Spectra3 macam aku. Siap beli deep freezer lagi. Bila bersalin, seawal 2 minggu dia dah buat stok. Aku seronok sangat sebab dapat menghasut dia fully BF anak dia. Pastu aku dah tak jumpa dia

Aku jumpa dia baru2 ni. Aku tanya perkembangan dia. Dia kata dia tak mengepam dah. Aku tanya kenapa, susu dah takde ker?

Selamba jer dia jawab..

Taklah, susu banyak lagi, tapi tak laratla, asyik mengepam jer.

Pastu nanti anak nak mengempeng jer. Letih la.

Aduih! tersentak aku dengar.. Sebab aku tahu susu dia memang banyak, sekali pam boleh dapat sampai 12oz gitu.

Nak buat macam mana, dah ada kesedaran, tapi bila dah praktik, menyerah.

Aku tak kisah kalau dia menyerah sebab susu dah tak ada. Kekangan masa untuk mengepam (dia bukan busy sangat pun)..

Tapi bila sindrom M tu kuat, tak dpaek den nak tolong.

Read Full Post »

Susu Ibu di Nona… 1991

Tadi tgh makan nasi, aku layan NONA kat TV3.. Aku bukan selalu tengok Nona pun. Lagipun hari Ahad kan aku kerja. Cuma tadi boring channel lain cerita tak best.. aku layanlah Nona.

Segmen hari ni adalah tentang Nona 25thn, so diorang mengimbas kembali beberapa segmen yang menjadi tumpuan penonton. Hari ni diorang flashback sedutan dari tahun 1991-1996 (time ni aku tgh sekolah Menengah lagi)

Membuatkan aku terpaku bila hos tu flashback tentang segmen ‘susu ibu’. tayangan pada thn 1991. Time tu diorang interview Pengerusi Persatuan Laktasi (aku dah lupa nama dia). Sedutan yang hanya 5min tu pun dah banyak info yang sepatutunya ibu2 sedar tentang kepentingan susu ibu. Cuma time tu mungkin takdela penggunakan mesin2 pam susu ni, tapi kesedaran kat media dah lama cuma tak dipanjangkan.

Alangkah baiknya kalau media sering dan senantiasa mempromosikan susu ibu, cerita tentang kejayaan wanita bekerjaya menyusu anak sehingga sekurang-kurangnya 2 thn dan juga gadjet2 penyusuan. Mungkin boleh memberi kesedaran kepada semua org.

Tak semua org dapat access internet untuk cari info. Ada gak yg buka internet tapi tak terfikir nak mendalami tentang susu ibu ni. Macam aku dululah. Dekat nak kawin, asyik buka website tentang baju pengantin, tempat bulan madu, tips berumahtangga. Bila dapat anak, search tentang keperluan anak, barang apa nak beli, perkembangan janin, asuhan positif tapi tak mendalami pun tentang susu ibu sehinggalah anakku menyedarkan aku “Ibu.. Farish taknak minum susu tepung, nak susu dari t*t*k ibu”.. time tu Farish baru 2 bulan lebih, time tu baru terhegeh2 nak menimba ilmu.

So, sepatutnya media massa kena banyak mempromosikan susu ibu, bukan setiap kali bulan Ogos jer (minggu Penyusuan Susu Ibu).. mesti dan wajib tiap2 hari.

Read Full Post »

Actually masuk bulan ke7 aku dah risau sebenarnya.. Risau sama ada mampukah aku menyusu anak aku bila dilahrikan nanti. Wapaupun dah ada experience, tapi ketakutan tu masih aku rasa.. Sebabnya, penyusuan yang berjaya bermula sejurus baby dilahirkan.

Masuk 7 bulan, aku dah start stimulate Breast (selepas ini B saja). Ikut petua segala macam org bagi.. Aku buat setiap kali mandi, aku akan pasang heater dan biar mengalir kat B. Sambil tu, urut2 B ke bawah. Dah dekat sebulan aku buat, tapi bila picit kolostrum tak keluar jugak.

Masuk bulan ke8, aku tak rasa lagipun B ku kembang, dan bila stimulate pun tak berhasil jugak. Maka smbil mandi tu aku berus nipple pulak, takut gak kalau2 ada lubang yang tersumbat. picit2, tak keluar jugak. Aku dah start risau, camner ni, dah masuk 8 bln ni.. Time FArish dulu, aku tak stimulate pun tapi by 7 months tu klostrum dah start ada.

So aku cakap ngan hubby, hubby pun tolong urut2kan dan stimulate.. tapi hubby pun kata, takdelah susu. (since time pregnant dulu hubby yg banyak bantu untuk stimulate), tapi kali ni rasa pedih lak bila hubby stimulate.

Dan satu hari, time aku berdua jer ngan Farish dok baring2 kat atas tilam.. Aku sajer jer offer kat Farish.. “Farish nak t*t*k tak?” Sebelum ni, dia selalu manja2 nenen dari luar baju jer.. sejak kes dia gigit B aku tu, aku warning dia.. tapi aku sellau janji yg aku akan start bagi dia nenen balik bila adik dah kuar nanti.. So bila dia nak lepas gian, nanti dia akan cium perut dulu, pastu dia akan tekap jer kat B aku, tnpa nyonyot sambil tepuk2 manja perut aku.

Opps! sambung balik.

So, aku cakap ngan Farish “Farish tolong ibu yer.. Farish nenen sampai keluar susu kat adik. Kesian adik nanti sebab susu ibu tak mau keluar lagi..

So aku sua B, mula2 tu dia cam malu2. Dia gentel2 dulu, pastu dia cium perut aku. Aku cakap lagi “takper, adik bagi, abang tolong yer” pastu dia pun buka mulut, tapi dia tak hisap pun, pastu dia lepas, senyum2. Malu kot.

Aku pujuk dia lagi.. “Takper, ibu bagi, tapi janji jgn gigit macam hari tu”

Pastu dengan malu2 dia pun nenen, mula tu pelan2, last tu baru dia hisap betul2. Mungkin dah lama (aku stop bagi +- dah 3 bulan dah), so dia memang lepas gian betul2. Aku biarkan jer, sampai dia tertido.. Syahdu sangat aku tengok…

Dan Alhamdulillah, mungkin rangsangan dari seorang anak yg masih dahagakan susu ibunya, pas Farish menyusu, kolostrum tu keluar agak banyak. Aku start rasa B ku membengkak dan bila pivit sikit jer pun kolostrum dah keluar for both side.. Thank you my dear..

So, aku buat hipotesis,, ransangan dari penyusuan seorang anak mampu menghasilkan tindakbalas terhadap hormon prolaktin seorang ibu untuk menghasilkan susu awal )kolostrum ibu.. Tapi itu tak menjejaskan kualiti kolostrum untuk baby yg bakal lahir kan?

Read Full Post »

By Steven Reinberg

HealthDay Reporter

WEDNESDAY, June 17 (HealthDay News) — Children who were breastfed do better in high school and are more likely to go to college than their bottle-fed siblings, researchers report.

Latest Healthy Kids News

* Cyber Bullying Affects One in 10 Students

* Talk With Kids, Not At Them

* Teen Fatalism Linked to Risky Behavior

* Parents Can Help Teens With Eating Disorders

* Supply of Key Kid’s Vaccine Almost Back to Normal

* Want More News? Sign Up for MedicineNet Newsletters!

While the health benefits of breastfeeding to both infants and mothers is well known, this study suggests the practice may have educational benefits as well. This is the first study using data on siblings to examine the effect of breastfeeding on high school completion and college attendance, the researchers noted.

“We compare sibling pairs — one of whom was breastfed and one of whom was not, or siblings who were breastfed for different durations — and find consistent evidence that breastfed children have higher high school grade point averages and a higher probability of attending college,” said study co-author Joseph Sabia, an assistant professor of public policy at American University in Washington, D.C.

Since their sample contained a variety of adolescents, the researchers ruled out factors such as socioeconomic status in the connection between breastfeeding and educational achievement, Sabia said.

The report is published in the June 11 issue of the Journal of Human Capital.

For the report, Sabia and his colleague Daniel Rees, a professor of economics at the University of Colorado Denver, used data from the National Longitudinal Study of Adolescent Health. They looked at the breastfeeding histories of 126 siblings from 59 families; high school graduation and college attendance data was obtained for 191 siblings from 90 families.

“If you’re breastfed, your high school GPA goes up substantially, and the likelihood that you go on to college goes up,” Rees said.

For every month you are breastfed, your high school GPA goes up about 1% and your probability of going to college goes up about 2%, Rees added.

“We found that more than one-half of the estimated effect of being breastfed on high school grades can be linked to improvements in cognitive ability and health,” Sabia said. “Thus, we conclude that improvements in cognitive ability and adolescent health may be important pathways through which breastfeeding affects long-term academic achievement,” he said.

About one-fifth of the increased likelihood of going to college appears to be due to breastfeeding, Rees added.

“This is another benefit of breastfeeding,” Rees said. “We know that breastfeeding leads to better health, higher IQ, but the next step is what are the implications, and this is an important implication,” he said.

Dr. David L. Katz, director of the Prevention Research Center at Yale University School of Medicine, said this study may not prove a connection between school performance and breastfeeding, but it could be another reason to breastfeed your baby.

“An array of health benefits is convincingly associated with breastfeeding, including a reduced risk of both infections and obesity in the breastfed child,” Katz said. “Less certain, but long suggested, is enhanced cognitive development in breastfed children as well.”

It could be that factors that determine whether or not a baby is breastfed are an important piece of the puzzle, Katz noted. “Why a baby is fed one way or another may matter as much as which way a baby is fed,” he said. “A study of association such as this cannot fully resolve that issue.”

SOURCES: Joseph Sabia, Ph.D., assistant professor, public policy, American University, Washington, D.C.; Daniel Rees, Ph.D., professor, economics, University of Colorado Denver; David L. Katz, M.D., director, Prevention Research Center, Yale University School of Medicine, New Haven, Conn.; June 11, 2009, Journal of Human Capital

Copyright © 2009 ScoutNews, LLC. All rights reserved.

Aku terjupa article ni time godeh2 website.. mula nak cari isu lain, terjumpa isu ni..

Hmm So for those yang masih tegar mem FM anak mereka, renung-renungkanlah.

But kepada mereka yang BF tapi anak kurang pandai, BF bukan puncanya.. Mungkin kalau kita bagi anak kita FM (yang kononnya memberi daya tumpuan yang lebih, otak yang tajam), mungkin anakk ita menjadi semakin tak pandai..

Read Full Post »

Older Posts »