Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Lepas Geram’ Category

(Ini adalah entry lepas geram, so mungkin ada perkataan yang agak keterlaluan dalam ni)

Aku sebenarnya taktau nak letak tajuk apa buat entry ni… Nak kata sakit hati, tak sangat, nak kata geram pun, tak jugak.. tapi aku sedih dan amat kasihan dengan seseorang ni…

Alkisahnya, beberapa hari lepas aku sering mendapat email dari seseorang yang aku tak kenal.. entah sapa-sapa, tapi dia saaaaaangat prihatin dengan aku. Dan dia juga aku rasa peminat blog meraban aku ni gak, kalau tak, takkan dia rajin mengulas entry aku dalam email yang dikirimnya…

Aku pun taktau apa motif dia, mula-mula dia dok kutuk hubby @ cik somi (yg ditulis dalam email) aku.. macam-macamlah cerita keluar.. lepas tu, dia kutuk aku pulak.. Apalah minah ni, yang mana satu dia nak sampaikan, cerita buruk pasal laki aku atau cerita buruk pasal aku.

Dan aku sangat sedih kerana dia itu bersusah payah, berhempas pulas mencari idea menulis tentang keburukan kami.. Sedih sebab cerita2 yang dia buat tu, sangatlah tak masuk akal.

Dan aku jadi kasihan pulak selepas tu sebab ada gak orang yang busuk hati macam dia. Kasihan kerana takdak kerja pi cari kerja tambahan, hantar email takde kandungan yang membina akal langsung.. Sudah-sudahlah,,,

Aku hanya terfikir bahawa orang ini sebenarnya kurang kasih sayang dalam diri dia. Sebab tu dia tak boleh tengok orang lain berkasih sayang kot.. Menurutnya, dia ada suami, maka, carilah kasih sayang itu dari suami anda.. bukannya mencari kasih sayang dengan memburuk-burukkan pasangan orang lain.

Dan yang ini aku sangat GERAM dan MARAH……

Kalau hang nak hina aku atau suami aku sekalipun, aku tak kisah, sebab aku tau itu memang sifat pemfitnah…

TAPI

aku amat marah sehingga menggigil tangan aku bila hang cuba mengaitkan susu ibu dalam kutukan hang tu.. Aku sangat-sangat tak boleh nak terima… Kutuklah aku dan suami selaut, segunung manapun, tapi PLEASE, jangan sentuh pasal susu ibu dalam email tak bertamadun hang tu..

Dan aku sebenarnya masih menunggu email-email dari hang… Rajin-rajinlah lagi send email kat aku yer… Aku suka baca coretan hang tu….hantarlah lagi… aku sedia melayan email2 hang tu….

Advertisements

Read Full Post »

Dulu aku heran kenapa status hubby aku sering bertukar.. Dari married kepada single.. bila tukar, nanti 2,3 bulan jadi single balik..

Aku marah hubby kata saja jer nak mengaku bujang.. aku kena marah balik.. Yalah, en hubby aku bukannya pandai nak edit2 FB ni.Account diapun aku yang bukak..

Then kelmarin, aku dapat photo comment dari hubby.. Aku cakap kat hubby, “apasal tulis camtu”

Hubby buat muka blur ” tulis apa? taktau apapun?”

Aku jawab balik “tu kat facebook tu.. Ada ka komen camtu?”

Hubby ” komen apa?”

Aku ” lupalah tu..”

Hubby ” tunjuk bukti dululah”

Aku pun buka FB dan tunjuk komen hubby.

Hubby “mana ada Abi tulis. Abi pun tak online 3 hari dah”

Pastu Hubby suruh bukak FB dia..

Nak berderet notification.. dan banyak post hubby kat FB kawan2 dia.

Bila check balik, time hubby post tu adalah time hubby tengah tido, dan time tu aku jer dok layan internet. Camner tu..

Hangin jer hubby. Terus tulis kat status dia pasal orang kuang hajo ni..

Dan aku pulak yang hangin, bila member dia tuduh aku lak yang dok edit.. Siap mention tu, “sapa lagi kalau bukan bini hang”

Oit! kalau tak bini dia yang detect, dia pun taktaulah FB kena ceroboh. Sedangkan segala setting dalam FB aku yang ajar.. lagipun takkan aku nak komen kat FB sendiri kot.. Gilo ka..

So aku dah tukar password FB hubby.. hubby nyer PW dulu birthdate dia which is comment PW orang suka guna… So sekarang dah tukar PW, kalau kena ceroboh lagi.. AKu sula si penceroboh tu..

Tapi penceroboh tu laki ka pompuan???

Read Full Post »

Nak meluahkan kesedihan aku semalam.

Seperti biasa setiap pagi aku memulakan rutin mengepam susu ku pada jam 8.30am. Macam biasa after breakfast, aku masuk bilik, buka beg, amik FS pam aku, sediakan 2 storage botol dan amik corong pam dalam tupperware. Dan aku dapati dalam tupperware aku KOSONG…

Mana pergi corong pam aku?? time aku masuk kerja aku nampak tupperware tu berisi lagi corong pam dan beberapa helai tisu yang aku guna untuk tutup tupperware aku supaya habuk tak masuk.. tup2 tupperware tu kosong.

Aku terus ke belakang cari cleaner yang selalu clean bilik aku tu. Dia takde, pergi makan.. aku minta kawan dia panggilkan dia ke bilik aku.

Lepas 1 min, cleaner tu sampai aku tanya ” Pak xxx, ada tak nampak barang saya dalam tupperware ni?”

Pak xxx jawab ” Oh! dah buang!”

Aku: Dah buang? ada barang saya dalam tu..

Pak xxx : ada barang.. Ingat tisu2 jer tadi. tu yang pak xx buang tu.

Aku dah nak nangis time tu : Dalam tu ada pam susu saya.. saya letak tisu sebab takmau habuk masuk

Pak xxx: Laa.. pak xx tak perasan ada benda. Penting ka?

Aku: penting la pak xxx. Saya guna.

Pak xxx: nanti pak xxx pi cari.

Lepas 5 min dia datang balik

Pak xxx : Puan, sampah depa dah hantaq belakang dah?

Aku : Haa! saya nak juga barang saya tu..

Pak xxx : mahai ka barang tu. kalau tak pak xx ganti.

Aku : takleh ganti.. kena beli 1 set. semua tu harga RM2000.. (aku sajer propa jer sebab aku nak dia pi cari balik)

mendengar RM2k kot, Pak xxx bergegas ke belakang dengan bantuan kawan2 cleaner dia yang lain.

Pas setengah jam, dia datang balik.. membawa sebungkus plastik dengan barang2 aku . fuuh! lega..

Tapi bila aku tengok, tak cukup barang.. 1 corong (soft fit) ngan back cap takde. Aku cakap ada lagi 2 benda tak cukup.

Bergegas lagi Pak xxx ke belakang. Pastu dia datang balik, kata dah tak jump.ini saja yang dia jumpa. AKu ke belakang dan tengok sampah sarap bertaburan. tak sanggup aku nak geledah.. takpelah. itu jer rezeki aku.

Selepas hilang tu aku dah call Aja.. tanya berapa harga sepasang segala soft fit, menbrane, corong dia tu .. aja kata dekat RM200 gak. tapi stok maybe Isnin ni baru sampai.. Adui! duit lagi.. tapi aku smepat ngadu kat Aja kisah aku (nasib baik kenal Aja lama dah).. Aja kata cari dulu, apa2 update inform Aja.

Bila dah dapat balik harta aku, aku call balik Aja.. Nasib baik soft fit tu ada stok dan back cap memang ada extra.. lega aku dengar. Dan Aja pun cuma charge aku untuk soft fit jer, back cap tu dia bagi free.. Thanx Aja.. I lap you. So total tak sampai RM50 pun.. dan Aja dah pos dah barang aku tu..

Yang aku heran… selama ni aku memang letak corong pam aku camtu tiap2 hari atas meja.. dilapik ngan tisu camtu jugak. Entah kenapa hari ni Pak xxx tergerak hati nak buang ‘sampah’ tu tanpa belek apa barang dalam tupperware tu.

Dan aku heran, sampah aku tak campur dengan sampah orang lain. macam mana 2 benda tu tak jumpa. soft fit tu kan barang yang paling besar dalam set tu…

So pasni pak xxx tu mesti serba salah ngan aku.. nak marah ida pun takeh gak. dia dah cuci bilik aku dah 9 tahun. tak pernah buat pasal. Kang aku marah dia.. takde lak orang nak jaga bilik aku sebersih dia jaga bilik aku.

Read Full Post »

Ingat lagi tak entry aku yang ni

Tolong Alih barang-barang anda

Selepas berbulan, pihak MDKP datang membuat siasatan selepas notis yang diberi kepada si empunya tidak diendahkan.

Time tu hubby ada kat rumah, pihak MDKP pergi ke arah rumah tuan empunya untuk bertanyakan hal itu.. boleh tu tuan rumah tak mengaku itu barang dia. Hubby dah hangin time tu.. nasib baik pihak MDKP tenangkan.

So MDKP bagi lagi seminggu untuk pemilik barang itu ubah, kalau tak MDKP akan datang angkut semua ‘sampah’ tu.

Hari ke hari, tengok ‘sampah’ tu tak terusik pun..tapi pagi tadi ketika aku sedang sidai baju, aku nampak sebijik lori datang dan angkut semua barang-barang tu..

tahupun takut.. sebab kalau depa tak angkut hari ni, lusa MDKP tu akan datang hangkut pulak..

So pemandangan keliling rumah aku dah bersih semula..

Tapi aku tahu jiran aku tu sure bengkek jer ngan kami.. biarlah itu hak kami kan…

Read Full Post »

Lagi cerita tentang jiran aku

Sebelum tu tengok dulu gambar-gambar kat bawah ni

Pemandangan di atas anda boleh lihat kat persekitaran rumah aku. Dan untuk pengetahuan barang-barang itu bukanlah hak kami pun.

Semua di atas adalah kepunyaan jiran kami. Yang merupakan cha ya nun aliff. Barang-barang tu dia guna untuk renovate rumah dia dekat setahun yang lalu. Rumah dia dah siap 6  bulan dulu lagi. Lepas rumah dia siap kami dah habaq nanti tolong clear sampah2 tu sebab sampah2 tu depa longgok tepi rumah kami. Dia mengaku ja, tapi hari demi hari, bulan demi bulan (chewah), dia tak buang-buang pun, malah bertambah-tambah lak tu.

Dekat CNY baru-baru ni siap parking lagi van buruk dia kat depan rumah kami tu. Yang sampah-sampah tu bukan setakat bahan binaan jer, basikal buruk pun dia letak gak. Mana mak tak hangin.

Maka dah beberapa kali hubby bagi amaran depa buat derk gak. Maka kami pn buat report kat MDKP 2,3 hari lepas. MDKP janji akan amik tindakan sebab depa memang salah. Depa suruh kami buat surat aduan dan amik gambaq.So nak tunggulah MDKP nak buat kerja ka dak. Kalau MDKP pun tak buat kerja, kami nak report kat MB terus.

Read Full Post »

Tetamu

Baru beberapa hari lepas, ada tetamu mengundangkan diri datang rumah aku. Actually depa ni kawan abah, aku jumpa timepergi tengok abah pas buat operation AVR.. pastu sebab kampung depa pun kat Kedah, dia minta no. tel hubby.

Petang tu balik aku pun prepare la karipap ngan puding yang dah siap tu.. depa tak mai2 lagipun. Pukul 8 cam biasa aku tidokan Firas dulu, pastu masak nasi untuk dinner. Dah dekat kul 9pm depa tak sampai2 pun, takmai dah kot. Baru jer nak makan nasik, depa pun sampai. Nak ajak makan nasi depa kata dah makan dah (lagipun aku pun masak untuk aku ngan hubby jer)

Cerita punya cerita berlanjutanlah sampai kul 11pm. Yang aku ni dengan tak mandi lagi, Farish tak tido lagi dan hubby aku pulak on call malam tu.. Boleh pulak si bini dia ni bukak cita pasal MLM satu company yg glamer ni.. AKu dah tau, bila dia bukak brochure tu satgi kena pasang telinga lah. Aku cukup tak suka orang datang promosi MLM ni.. bukan kau tak mau kaya macam depa, tapi aku memang tak suka MLM.

Hubby lagilah bila tengok jer kakak tu keluar kertas putih, dia bagi alasan nak pi mandi sat. So kakak tu pun tunggu hubby baru nak cerita. Pas habih mandi, hubby join balik, kakak tu pun ceritala bla-bla-bla.. tup2 tipon hubby bunyi. Ada panggilan dari hospital, ada kes (padahal yang berbunyi tu handset personal, kalau oncall handset lain), so aku tau itu taktik hubby jer. Maka hubby dapat meloloskan diri.

Dan tinggal aku sorang jer dok dgr, aku dah ngantukla kak.. Yang kak tu sangatlah tak sensitif ngan tuan rumah, time tu dah kul 11.30pm, tuan rumah tak makan lagi, tuan rumah tak mandi lagi, anak tuan rumah tak boleh nak tido lagi.. Kalau ikut hati nak jer aku halau.. tapi aku ni tak sampai hati nak menghalau orang.

Dan akhirnya kul 12pm baru depa balik.. dan terus hilang selera nak makan nasik, dahla aku masak sotong masak kunyit feveret kami.. terus masuk semua lauk dalam fridge, esok dah takyah masak.

Read Full Post »

STRICTLY NO PARKING HERE

Geram sangatla ngan neighbours aku ni. FYI neighbours aku ni mostly chinese sebab akunyer rumah paling hujung dan dekat ngan lot antarabangsa, so memang deret selepas rumah aku tu chinese la. Jiran Melayu semua belah depan.

Rumah aku kat corner lot dan kembar rumah aku ni still tak berpenghuni lagi.

Last year time CNY, kami balik kampung. So after habis cuti balik rumah tengok berderet kereta depa suka hati jer parking depan rumah aku sampai depan gate. Time tu hubby dah bengang, kalau nak parming pun janganla sampai depan gate. Horn banyak2 kali, takdak respon, last2 hubby block jer keta tu. Padan muka, kami takleh masuk, dia pun takleh kuar.

Pastu dah tgh malam, barulah owner keta tu datang, boleh pulak tu marah2 kami block keta dia. Sapa patut marah, dia ka kami. Dah la parking depan rumah kita, taktau adab nak mintak maap lak tu.

Semalam another CNY. Sejak petang dah banyak keta2 menjalar, nasib baik tak parking kat area rumah aku. ada sekali sebijik keta tu nak parking kat rumah sebelah (which tempat parking kenari kami), aku buat2 keluar rumah, terus dia alih kereta dia.

Malam tadi hubby baru balik dari trip mancing dia, dekat kul 12am gak. Seklai tengok ada jugak keta sedara mara dia parking kat depan rumah kita. Yang geram tu, depan rumah depa depa tak parking pun sebab nak bakar segala setanggi bagai. Hubby takde kompromi, dia pancitkan sebijik tayar orang tu. Pastu baru dia hon kuat2. So owner tu datang, sedap jer dia kata, ingat takde orang kat rumah. Takde orang apa, lampu terang benderang rumah aku. Siap dengan suara anak aku meraung, melalak, takkan takde orang kot.

Dan lagi geram pagi tadi tengok van buruk jiran aku tu selamba jer dia naik parking kat pesisiran jalan rumah aku. Kalau orang datang sure ingat tu van aku. Dahlah kayu2 buruk, segal besi2 untuk renovate rumah dia dia tak alihkan dari tepi rumah aku. Rumah dia dia biar bersih, pastu dia longgok kat tepi rumah aku. Hubby dah warning dah, cuma tak smpat nak pi MDKP buat aduan jer lagi.

So next year aku ingat, nak tempah signboard “Strictly No parking here” pastu nak cilok kon JKR tu letak berderet kat halaman rumah aku, puas hati.

Read Full Post »

Older Posts »