Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘pregnancy’ Category

Aku sajer buat entry ni sebab banyak pendapat aku dengar pasal bersalin sejak aku kecik sampailah aku dah beranak dua. Dan hampir kesemuanya aku dengar cerita2 mengerikan. Maka sebab tu bila doctor cakap aku kena indice time anak pertama dulu, aku risau sangat2. Tu pun kira okay sebab aku tak tanya sapa2 tentang induce ni. Kalau aku tanya confirm aku akan menggeletar time nak bersalin tu.

 

Bagi aku yang baru beranak 2 ni… pendapat aku KENANAN PALING INDAH.. mungkin sebab aku mudah bersalin, maka aku takleh nak cerita sakit bersalin ni.. Serius,, aku tak reti nak cerita camner sakit bersalin ni, sebab aku sakit betul2 pun time dah nak kuar baby dah..

 

Ni himpunan cerita2 orang yang mudah bersalin

1. Kak Ani a.k.a kakak sulung aku

” Kak Ani ni, kalau org suruh bersalin anak 10 pun aku sanggup.”

Kakak aku memang mudah bersalin, anak dia setahun sorang. 4 org total.

“Cuma aku tak parat nak hadap pantang lama tu”

Memang kakak aku tak ikut pantang sgt, sebab tu dia sering dapat migrain, ikut kata bidan dia tak jaga betul2. Kakak aku pantang anak ke2-4 sendiri kat KL.

 

2. Kak Ana a.k.a kawan sekerja aku

“Kak Ana nak cerita la, 3 org kak Ana bersalin semua mudah. Sakit kat rumah, sampai hospital, 1/2 jam pastu dah selamat bersalin”

Dan dia pun tak hadapi banyak masalah time pregnant. healthy sehealthy mulutnya (sorry kak Ana)

 

3. pendapat yang lain

“Bersalin ni rasa cam nak berak tahi keras jer. Hang teran kuat, keluarlah dia”

Semudah itu rupanya bersalin.

 

Tapi lebih ramai yang menceritakan pengalaman mengerikan. Dari time pregnant sampai deliver. Kalau tengok TV pun cam teruknya nak bersalin ni.

 

Like kakak aku yang kedua.. Sebab dia ada GDM time mengandung, dan time berslain lama kat labour room.. dah tobat taknak bersalin dah. dan memang itulah pertama dan terakhir kali dia mengandung dan bersalin selepas 8 thn berusaha.

 

Dan macam adik ipar aku, disebabkan lama sakit dan lama kat LR dan terpaksa kena vakum, dia memang fobia. Dan ntah camner diorang jahit tak sempurna, pas sebulan, jahitan dia tak bercantum, terpaksa pergi klinik, buka balik jahitan dan doctor jahit balik.. 2x sakit tu.. sebab tu dia macam fobia.

Dan mak mertua aku cukup geram bila dia cakap takut nak beranak lagi smpaikan mertuaku kata “baik hang pi jahit p**n hang tu”

Mak mertua aku pun jenis senang bersalin.. 6 org anak plak tu.. Dan ada yang berslain kat rumah lagi.. tak sempat dah nak gi hospital..

 

Dan aku pulak, kalau org tanya pasal bersalin @ pregnant ni, aku suka cerita yang indah2. Sebab pengalaman aku anak pertama dulu, bila org asyik cerita yg mengerikan, aku jadi takut nak hadapi time bersalin ni. Tapi masuk 2nd child, berdasarkan pengalaman sendiri, aku dah tak kisah nak bersalin..

Dan aku sanggup untuk bersalin lagi dan lagi..

TAPI tunggulah aku tamatkan 2 thn breastfeeding master aku dulu yer bi (pesanan penaja buat hubby terchenta)

 

Read Full Post »

Selepas HO chinese tu check OS dah bukak 5cm, aku kena tunggu lagi sbelum ditolak masuk ke LR. Itulah yang kadang2 orang suka dok komplen, semua nak buat nak ikut SOP.. Nak kena clerk dulu, kena tunggu MO buat report dulu.. kalau orang tu dah nak bersalin, boleh bersalin atas stretcher tu gamaknya.

So, sampai kul 5.30pm, barulah Kak Misah datang, suruh aku tukar uniform pink (Haha! aku berjaya me-matchkan tudung ngan uniform spital akhirnya)

Pas salin baju, aku pun ditolak masuk ke LR. Time tu aku masih larat berjalan lagi. Selamba jer turun dari wheel chair dan pergi panjat katil sendiri . Kak Misah siap tanya “Hana tak rasa sakit lagi ka?”

“Sakit! Tapi boleh tahan lagi” Aku jawab..

 

Pas dia siapkan bilik tu (actually bilik 14 tu tutup sebab tak cukup staff, tapi atas permintaan hubby nak  juga masuk, so diorang bukalah bilik 14 tu)

Selepas tu aku ditinggalkan keseorangan. Time tu aku dah terasa sakit, tapi aku ingat pesan ibu mertuaku.. Bila terasa sakit, baca surah 4 Qul (Al-Kaafiruun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas), ayat Qursi dan Al-Fatihah. Sepanjang dalam LR aku memang baca surah2 tu saja. Aku rasa itu kaedah hipnosis paling berkesan pada diriku.. Memang rasa sakit tu kita dapat alihkan..

 

Tapi disebabkan aku ni spesis yang manja mengada ni, bila masuk jer sorang staff nurse ni, dia asyik tanya aku itu ini, so aku dah tak boleh concentrate, contraction aku dah rasa sakit sangat.  Masuk pulak hubby, lagilah aku menjadi manja mengada. Time tu memang rasa contraction yang makin kuat. Staff nurse tu minta aku mengiring supaya rasa sakit tu dapat dikurangkan. Pastu dia bagi aku sedut gas enthonox.. Memanglah macam org kata, bila sedut gas tu kita jadi khayal.. Aku nampak ada bulatan berwarna-warni berpusing2, suara org keliling aku dah tak dengar dan langsung tak rasa sakit dah.

 

Jam 6.15pm, Dr. Muzammil (pakar O&G) datang review. Since time aku masuk LR tadi dia nampak aku dan dia detect aku ni staff HSB gak, so dia yang monitor aku.  Aku yg tgh mamai2 ni, sempat dengar gak suara Dr. Muzammil tu. Disebabkan tadi aku mengiring, so CTG aku bacaan dia tak cantik.. Dr. Muzammil minta nurse close monitor, every 30mins. dia takut fetal distress.

Lepas Dr. Muzammil keluar, Kak Misah masuk, dia tanya ada rasa nak meneran tak? Aku gelengkan kepala sebab aku tak rasa lagi kepala baby kat hujung (mcm experience Farish dulu, aku betul2 terasa kepala dia dah kat hujung).

Tapi bila Kak Misah check CTG, dia kata, dah ada proses meneran ni (memang pun aku terteran dah tadi), dia suruh aku mengangkang dan check OS – OS FULL.

 

Terus jer la diorang suruh aku off enthonox, ready, pegang kaki dan bila rasa contraction, teran sepenuh hati..

Aku yang masih macam mamai tu ikut jer arahan diorang(sambil tu aku masih membaca ayat2 dalam hati) bila terasa contraction, aku selawat dan mengucap dan terus teran (mengikut arahan diorang).. TERAN..TARIK NAFAS..TERAN LAGI..TARIK NAFAS…. OK STOP, JANGAN TERAN DAH… Rupanya anak aku dah keluar.

Seriously, aku tak rasa yg baby dah keluar sebenarnya. Bila baby nangis baru aku sedar, yang aku dah selamat melahirkan… Kak Misah angkat baby dan tunjuk genital dia .. Ya! Anak aku seorang lelaki..

Syukur Ya Allah kerana memudahkan kelahiran anak keduaku ini.. Aku cuma mengalami koyak sedikit sahaja, dan dijahit sebanyak 3 jahitan sahaja..

Selepas itu, terus hubby azankan baby, dan serah kepada aku untuk dapatkan body contact sebelum dibawa keluar untuk dibersihkan.

Dan Alhamdulillah, aku berjaya BF Firas selepas 15 min kelahirannya..

 

Aku rasa mudah bersalinkan Firas, sama seperti bersalinkan Farish. Dan Kak Misah sendiri cakap kat hubby “Bini hang ni memang jenis tahan sakit. Full Os pun dia buat selamba jer. Tu sebab dia senang beranak.”

Dalam hati aku rasa kembang semangkuk gak. Tapi aku percaya cakap mertuaku, kalau anak 1st bersalin senang, Insya Allah, anak2 lepas ni semua senang bersalin..

Dan ada tanda kat bahagian perut aku yang menunjukkan aku senang bersalin. Tapi itu bukan aku yg cakap tapi ada sorang bidan yang cakap macam tu. Time tu aku baru umur 21thn, tp kena pi urut sebab sakit belakang.

 

Tapi yang pasti semua itu dengan IzinNya..  Dia yang memudahkan segala urusan kita.. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah.

Read Full Post »

Lagi kisah mengidamku…

Previous entry aku ada cerita bab tapai kan.. So sekarang ni part 2 kisah mengidamku… Actually bukan mengidam, cuma aku tersebut kat hubby nak makan bifstik, tapi tulah aku ni kalau wish nak makan, memang susah nak dapat.

Alkisah beefsteak ni start dari 2 minggu lepas.. Hubby ajak makan luar, so kitorang pergilah makan kat Restoran kat Jalan Sungai Korok tu. Kat situ memang ada Western food, rupernya dia cuma buat chicken chop, fish & chip dan pelbagai jenis burger.. Kitorang ingatkan ada beefsteak kat situ.. So malam tu, aku cuma makan Char Koew Teow (Eh! western ker ni???)

Lepas tu tetiba jer, aku terasa mcam nak makan beefsteak pulak. Aku bukanlah suka makan sgt western2 ni, tapi sajer galak nak makan sebelum bersalin.

Tapi tulah, hubby since pas raya memang dia banyak banyak buat oncall. Sebabnya, selain nak tambah claim (mean rezeki kami), dianak cover cuti time aku bersalin nanti.. So hari oncall, aku malas nak ajak dia makan kat luar, kang tgh best2 order hospital call.

Tapi bila hari keinginan aku tu ada, hubby plak tak oncall, balik rumah aku tengok adik ipar aku dah masak.. Dah dia dah masakkan nasi kat kita, takkan tak makan pulak kot.. So tertangguhlah niatku nak makan beefsteak.

Satu hari, kitorang keluar shoping, aku ckp ngan hubby, jom cari beefsteak area Jitra ni… Makanya, kami pun tour la Jitra ni cari kedai jual beefsteak, memang rezeki aku bila kau minta cukup susah, asal nak order jer jawapan dia “Hari ni kami tak buat beefsteak la”, “daging dah habih la kak”.. “bahan tak cukuplah kak” dan macam2 lagi alasan..

Susah kan aku ni kalau aku mengidam nak makan… So aku pun order benda lain la dulu.

Last Thursday, aku ajak lagi hubby cari beefsteak, lagipun memnag plan malam tu nak gi Alor Star.. Okay, pas Maghrib, kitorang siap2.. Hubby call kawan dia, kat mana beefsteak yg best (since hubby pun tak gemar makan western, so dia memang tak tau port yg best).. kawan dia kata kat Restoran Mama Chop Papa Grill kat Shahab Perdana. Makanya kami pun bergegas pergi sana.. Dah parking elok punya, dah duduk, baru nak order, waitress tu kata, malam ni yang grill diorang tak buat sebab 1. gas dah habis, 2. bahan tak cukup… Yang ada pun menu goreng jer.  Kan aku dah kata.. memang susah punya, padahal restoran tu tiap2 malam mana pernah fail takde western food.

So kitorang blah, hubby kata ..jom pergi stadium.. Kat situ memang ada western food, tap itaktaulah sedap ker tak.. aku pun ikut hubby jerlah.

Sampai kat stadium, nasib baik kedai tu bukak dan ada buat beefsteak.Alhamdulillah. So, kami order 2 beefsteak black pepper dan fish & chip untuk Farish. Maka dapatlah aku makan beefsteak akhirnya.

Kat luar staium tu menag happening malam2 ni sebab diorang buka gerai ala2 uptown.. dan malam tu pulak ada pertunjukan ular. Pas makan kitorang gi tengok pertunjukan ular tu.. tetiba perut aku memulas.  Aku cakap ngan hubby perut aku tak selesa, ajak dia balik.. Yang hubby kata, relaxlah, kang esok cuti, kita rondalah dulu.. Lagipun anak kau pulak tgh aktif berlari sana sini.. Tapi sebab tgk muka aku yg dah pucat, hubby pun cepat2 ajak balik.. Elok jer kereta bergerak, aku dah mengerang2.. memulas yg amat sgt, aku suruh cari toilet cepat.. singgahlah mana2 stesyen minyak pun.. Yang hubby panik sebab dia ingat aku nak bersalin.. Lagipun org selalu kata, kalau isteri mengidam dan tercapai idaman dia tu, pastu dia akan bersalin..Hubby kata “jom kita pi hospital, contraction tu”

Aku yg dah sakit perut sgt2 ni terus jawab “Orang tahulah beza contraction ngan sakit nak berak, cepat la cari toilet..”

Nasib baik, kitorang tgh town jadi petrol pump memnag banyak, tp kena buat U-turn dulu.. Aku ni kalau sakit perut yg sangat memang boleh buat pitam.. Elok jer smpai kat petronas tu, terus buka pintu, terus lari pergi toilet kat belakang..

Alamak ada org la pulak kat dalam toilet… Nasib baik ada kwan pompuan kat dlam tu, ketuk suruh kawan dia cepat sikit. Mungkin dia kesian tgk aku kot…

Masuk jer toilet, Alhamdulillah.. terlepas gak hajat aku.. Dan time tu sebenarnya lampu toilet tak nyala, rosak.. memang gelap… dan biaslaah ibu mengndung membuang , memang agak lama lah.. Sampaikan hubby terpaksa pergi check, takut aku terberanak dalam toilet…

Dan itulah cerita aku tentang mengidam.. Pas ni aku rasa takde apa dah kot yg aku betul2 teringin nak makan.. Kalau teringin pun aku buat derk jer kot..

Read Full Post »

TAPAI OH TAPAI

Aku mengidam ker?? tapi aku rasa tak.. Sebabnya aku memang plan nak makan certain2 food before deliver ni.. Tapi tulah bak kata hubby, aku takleh nak wish nak minta makan, memang susah nak dapat sedangkan makanan tu bukan susah pun..

Antara food yg susah aku dapat (sedangkan sebenarnya berlambak) adalah tapai

Cerita Tapai & Aku.

Sejak puasa, aku selalu dok nampak tapai berlambak2 kat pasar Ramadhan.. Tapi aku rasa nak makan pas raya.. Pas raya aku batuk plak, so postponed lagi.. sampailah minggu lepas..

Aku cakap ngan hubby, teringin nak makan tapai, so kitorang pergi pasar malam cari tapai.. boleh tak ada, sedangkan selama ni, punyalah bertimbun tapai kat pasar malam Tmn Mahsuri tu.

Makanya, esok jumaat, ada pekan nat (pekan sehari), jadi hubby pergi dan aku pesan, kalau jumpa tapai belikan yer.. Tapi satu nat hubby dah round, tak jumpa gak.

Petang tu akak aku telefon, dia cakap dia ada kat Pekan Rabu, nak pesan apa, aku pun pesan tapai.. Tapi takde pulak org jual hari tu.. Susahnyer nak jumpa tapai.

Maka hari sabtu tu, on the way nak gi open house rumah boss, lalu kat depan gerai “Imah Tapai”.. Wow! Imah bukak gerai hari ni.. takpa nanti on the way balik, aku nak singgah beli.. Tapi kalau bukan rezeki tu memang bukan rezeki.. on the way balik, tgk tapai dia dah licin.. Lagi sekali aku tak dapat makan tapai..

Then, aku cakap ngan hubby.. Jangan sebut dah la tapai. Memang takde rezeki nak makan tapai..  So aku kuburkan jerlah keinginan aku nak makan tapai tu.

Tup2 pagi ahad lepas, pas breakfast kat pantry, aku masuk bilik dan tengok ada 5 bungkus tapai atas meja aku.. Dan ada notes kat situ dari hubby ” Ni Hj. Desa bagi. Dia suruh makan”

So aku call hubby, mcm mana Hj. Desa boleh bg tapai ni. Hubby mintak ker?

Hj. Desa ni kerja PPK (attendant hospital), dia ni kira merangkap ayah angkat hubby.Ahad tu jbtn Kecemasan buat jamuan raya. Hubby lalu kat A&E, terus Hj. Desa panggil dia..

“Nah bagi kat Hana, nanti dalam pantang tak boleh makan dah.” sambil tu dia hulur satu bungkus tapai 5 biji.

Hubby pun tercengang , camner Hj. ni tau bini aku memang dok cari tapai..

Mungkin rezeki ibu mengandung kot.. Rezeki tu datang dalam bentuk tak disangka.. Thank You Hj. Desa.

Bagi sesapa yg tak pernah tengok tapai, ni rupernya..

Ni tapai pulut… Mak mertua kau tak reti nak buat.. kalau tak mesti dah suruh dah. Dan nak buat tapai ni memang ada pantang larangnya.. Antaranya pompuan tgh period tak boleh buat, nanti tapai tak jadi.. ada banyak lah pantang larang nak buat tapai ni..

Read Full Post »

AT 38++ WEEKS

Semalam aku gi check up. Nasib baik tak ramai org (pasal tu aku request hari khamis), so after daftar, timbang (berat ku naik 0.03kg jer) amik BP (123/76) dan urine (normal) terus jer nurse tu suruh aku masuk bilik Dr. Norlida.. takyah nak tunggu no.. kalau ikut no. ada lagi 15 queue.. hehehe!

So, tinggal lagi 10 hari jer lagi dan aku masih belum rasa tanda2 bersalin, malah aku rasa healthy sgt la plak. Then Dr. Norlida scan. Lagi sekali hubby tanya gender..

Time tgk kat buku merah tu, memang Dr. Norlida dah gelak sbb dia kata apahal si Mat ni print betul2 kat 2 telur ni? so kitorang ceritalah alkisahnya tu.

Then Dr. Norlida scan, dan anakku pulak dok mengangkang elok jer, memang ketara nampak kejantanannya.  So  dia kata, kalau tengok ni Insya Allah 90% baby boy. ALhamdulillah.

Berat baby masih maintain 3.2+kg (nasib baik tak naik banyak.. aku dah bayangkan kalaulah scan anak aku ni dah masuk 3.5kg, teruk gak tu aku nak meneran), heart beat normal, liquor adequate dan everything is normal..

Dan tetiba aku bertanyakan satu soalan bodoh kat Dr. Norlida. “Kak Norlida, normal ker kalau dah masuk 38weeks ni kita still healthy, masih boleh jalan laju2, buat kerja itu ini?”

Dr. Norlida ” Kenapa pulak.. eloklah tu.”

Aku : Taklah,. sebab bila jumpa org, semua org tak percaya saya dah nak due. Sebab kebanyakan yg saya dengar, smapai tak boleh nak bangun, sakit sana sini, tak larat nak jalan sampai berpimpin.. takut gak kalau nanti overdue”

Dr. Norlida : Macam tu lah bagus. Org yg selalu sakit2 ni sebenarnya faktor psikologi. Depa selalu dok risau, takut ,sebab tu keadaan jadi camtu.. Hish! saya rasa kamu ni senang bersalin ni.. Klaau hujung pregnant kita masih boleh aktif Insya Allah senang bersalin.

Saya dulu anak kedua, pagi tu boleh buat operation lagi, malam tu saya terus bersalin. Klaau saya jadi Hana, saya buat kerja lagi.. Sebab kedudukan baby memang dah turun, so bila kita aktif, lagi senang benda kita tu nak terbuka.

Ohh! So takde masalahlah bila kita rasa healthy yer??? Bukan apa, sebab aku healthylah balik rumah takleh nak merap.. bila nampak sihat, aku kenalah buat kerja mcm biasa.. Lagipun hubby memang tak suka aku malas2..

Maka, aku masih menghitung hari.. sedangkan kawan2 aku yg due lambatdari aku ada yg dah bersalin dan ada yg dah dapat tarikh bersalin (c-zer).. Hmm.. Aku sebenarnya mengharap baby ni kuar 17hb10 (ni birthday org yg aku admirer time uni dulu), ataupun 23hb10 (birthday boss aku)..

Tapi yg penting doakan aku selamat.

Read Full Post »

TANDA-TANDA KELAHIRAN

Just to share with my friend (actually for my reading also)..

This articles, I just copy from my favourite magazine PA&MA Oktober 2009.

Tanda-tanda awal kelahiran

i. Berlaku kontraksi dan terdapat sedikit darah keluar dari faraj. Kontraksi mungkin berlaku secara tiba2.

Aku sudah merasa mild contraction, tapi belum ada lagi darah keluar bersama mukus walupun secalit.

ii. Cirit-birit dan diikuti dengan rasa memulas pada bahagian perut.

Hari tu aku cirit sikit jer, mula tu ingat dah tanda bersalin,, tapi pastu dah normal dah.

iii. Sakit belakang yg agak teruk dan tidak menentu.

Belum mengalami sakit belakang, tapi sejak sebulan dahaku sakit rusuk belah kanan.

iv. Sengal di bahagian perut seperti senggugut.

Senggugut tu camner yer? tapi ada gak rasa tak selesa kat bahagian perut kadang2. tapi mild jer.

v. Cairan amniotik atau air ketuban keluar sedikit demi sedikit.

Sekarang ni memang kena pakai pantiliner, sebab ada sedikit discaj berwarna kuning.. Air ketubankah itu?

vi. Kontraksi berlaku makin kerap

Takde rasa kerap lagi.. jarang2 sangat dan mild condition saja.

Aku berharap yg tanda2 ni akan berasa dalam minggu ni jugak.. bukan apa, risau gak sebab baby dah 3kg lebih. Org kata baby besar ni, kena push lebih sikit dan luka perinium akan lebih besar.. Maka time pantang memang lagi kena berhati-hati jaga luka.

Time Farish dulu, lahir kecik, luka 1st degree jer.. so pas pantang takde rasa sakit sgt, dan luka amat cepat sembuh..

YA ALLAH YA TUHANKU.. KAU PERMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN ANAK KEDUAKU INI SEPERTIMANA KAU MEMPERMUDAHKAN PROSES KELAHIRAN ANAK PERTAMAKU DAHULU… AMIN…

Read Full Post »

Sedar tak sedar due date aku dah tinggal 15 hari lagi.. Kalau memang ikut due, lagi 2 minggu jer lagi.. AKu memang nantikan saat ni sebab utama : TAK PAYAH PERGI KERJA.. hehehe! camnerlah nak dapat award pekerja cemerlang kalau camnie..

Okay.. jom tgk checklist persediaan berpantang aku.. Dah cukup ker belum..

Persediaan di wad

Baby

1. Baju (3 pasang)

2. barut (2 helai)

3. pampers (5 helai)

4. lampin (3 helai)

5. wet tissue (1 pek kecik)

6. towel

8. selimut

9. sarung tangan dan kaki (3 pasang)

10. topi

Ibu

1. blaus (1 helai)

2. t-shirt (2 pasang)

3. kain batik (2 helai)

4. toilettries

5. maternity pad (1 pek)

6. stokin

7. tudung indon (2 helai)

8. towel

9. bra & panties ( 4 pasang)

10. kosmetik

11. buku & magazine..

(aku budget bersalin normal dan bakal discaj after 1 day), kalau duduk lebih hari, hubby ler kena balik top up barang2.

Semasa berpantang di rumah

Baby

1. baju newborn – 12 pasang (guna Farish punyer jer)

2. barut (10 helai)

3. sarung tangan & kaki (10 pasang)

4. lampin ( 2 dozen)

5. selimut

6. towel

7.  tilam + 1 bantal + 2 bolsters (2 set)

8. Tikar getah alas tilam

9. pampers  newborn (1 pek)

10. minyak telon

11. bedak pureen cornstarch (2 botol besar) – akhirnya aku jumpa kat Yawata)

12. minyak telon cap bebiku

13. baby cot ( ni memang kena guna sebab kang tak pasal abangnya naik atas adik ni)

14. kelambu baby

Ibu

1.t-shirt  & kain batik  (dalam almari)

2. bengkung tali ( 2 helai) – ni memang nak pakai sungguh2.

3. set bersalin Nona Roguy – sajer nak try, tengok testimonial cam best

4. tungku – mertua punya

5. maternity pad -2 pek

6. stokin bola

7. sandal dalam rumah.

Itu jer kot yg aku dah sediakan… sebenarnya semua tu aku recycle jer.. Ada apa2 yg penting tak aku tertinggal??

Dan macam biasa aku akan berpantang sorang2 lagi. Mak mertua tak sure dapat cuti ker tak time tu.. tapi hubby yang pasti akan bercuti 2 minggu.

Read Full Post »

Older Posts »