Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Resepi’ Category

Mentarang

Korang pernah kenal tak mentarang?

Mentarang adalah sejenis siput yang bentuk dia lebih kurang cam kepah, kupang dan seangkatan dengannya.

Mentarang ni banyak terdapat di pantai berselut di sekitar Perlis dan Sabak Bernam Selangor (sumber: Wikipedia)

Inila rupa mentarang yang masih berselut

Aku mula kenal mentarang ni bila aku berkunjung ke rumah bakal mertua aku. Time tu bakal mertua aku jamu aku ngan Kenas iaitu jeruk mentarang.

Pas kahwin hubby selalu sebut sedap mentarang ni tapi dia tak pernah pun beli untuk aku rasa. Sehinggalah selepas 2 tahun setengah kami kahwin, barulah dia beli. Itupun sebab balik kampung minggu lepas, kami beli kenas kat Kuala Sungai. Kenas ni adalah jeruk mentarang lah.

On the way nak balik ke rumah, kami lalu Jerlun, tengok ada banyak mentarang orang jual. Hubby pun singgah, lepas tawar menawar, dapatlah beli 2kilo ngan harga Rm10.00.

Hubby sedang tawar menawar.

Balik rumah aku terus cuci mentarang. cuci untuk buang lumpur kat mentarang tu.

Ni rupa mentarang yang dah suci murni.

Kami rebus jer mentarang ni, letak serai, halia, bawang dan rebus camtu jer.

Inilah isi mentarang.

Kalau tengok rupa isi mentarang ni macam rupa kapal angkasa Argon dalam cerita Senario XX. Aku ingat aku sorang jer yg perasan camtu, rupanya hubby pun sama gak.

Ini pula rupa kenas.. mentarang jeruk tu dah tinggal sekor dua jer..

senang jer nak makan kenas ni, potong bawang dan cili, masukkan dalam kenas tu.

Advertisements

Read Full Post »

Dah lama sebenarnya hubby request minta aku masak gulai ikan talang ni, tapi asyik tertunda jer.

So semalam cuti dan sebab dah lama ikan talang tu minta digulai, maka aku pun masakkanlah gulai ikan talang masin ni.

Gulai ikan talang masin ni memang glamer kat belah utara. Kalau kenduri, memang ada punya menu ni. Dan antara feveret menu aku time kenduri selain daripada gulai daging dengan rebung.

* gulai ni sebenarnya kari.. Kat utara ni kami tak panggil kari, semua gulai.

AKu ni sebenarnya pandai makan jer, tapi tak pernah buat, tak tak pernah menuntut dari arwah mak.

Untuk tidak menghampakan permintaan hubby, aku pun godeh2 website cari resepi. Dapat dan aku modified untuk jadi sebijik cam rumah kenduri tu.

Maka jadilah gulai ikan talang masin aku mengikut resepi aku dan hubby.

Bahan-bahan:

Ikan Talang masin

Sebiji nenas

2 biji terung (bulat pun boleh, panjang pun boleh)

rempah udang/ketam

rempah giling (ni kena beli kat pasar)

Santan

cili kering

Cara-caranya:

1. Rendam ikan talang masin semalaman untuk menghilangkan masinnya

2. Kupas nenas, hiris nipis2.  Terung dipotong suka hati.

3. campurkan 1 sudu rempah giling bersama sepeket rempah kari udang/ketam. Masukkan ke dalam periuk dan letak air.

4. Rebus rempah tersebut, bila mendidih masukkan ikan dan nenas. Biarkan sehingga agak sebati.

5. Masukkan santan dan kemudian terung.

6. Masukkan cili kering yang dibelah 2 dan direndam ke dalam gulai.

7. Goreng hirisan bawang dan masukkan ke dalam gulai.

8. Rasa dahulu gulai tersebut. Kalau kurang masin tambahkan garam.

Dah siap 

Read Full Post »

RESEPI BERPANTANG

Nak share sikit resepi berpantang yang aku masak. Ni kira resepi cilok sana,cilok sini. Tengok resepi pastu aku ubahsuai sendiri or tengok org lain masak dan cuba or saja cipta resepi sendiri.

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau ‘berangin’.

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
minyak untuk menumis
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
3 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
halia – ditumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup – dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan minyak  dalam periuk. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.

d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

 

2. DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan:

daging lembu
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih – dicincang halus
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis

minyak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.

b) Panaskan minyak. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.

c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.

d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

 

3. AYAM KUKUS BERCUKA

Bahan-bahan:

8 ketul ayam
4 ulas bawang putih – ditumbuk
1 sm halia – ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:

a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.

b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.

Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

 

4. HATI MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan:

hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih – dikisar [A]
2 ulas bawang merah – dikisar [A]
2 sm halia – dikisar [A]
1 sm lengkuas – dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.

b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.

c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.

d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 – 35 minit atau sehingga masak.

5. IKAN TALANG KERING MASAK ASAM

Ikan talang kering

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

2 inch halia

1 labu bawang besar

air asam jawa

minyak

garam
Cara menyediakannya.

1. Potong ikan talang kering dalam bentuk kiub

2. tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau, kemudian masukkan air asam jawa.

3. bila agak mendidih, masukkan hirisan halia dan ikan talang.

4. masukkan garam dan hirisan bawang besar.

Read Full Post »

LAKSA KEDAH

Hari ni hari jumaat, so weekend bagi org2 yg kerja Ahad – Khamis.

Maka hari ini atas permintaan hubby terchenta, maka aku buatkan laksa kedah hari ni.. Lagipun tinggal berapa hari jer lagi kau boleh melantak laksa, sebab nanti nak kena pantang lama ni..

Okay jom jenguk Dapur Hana dengan resepi

LAKSA KEDAH

(Resepi ni aku tengok arwah mak buat dan sejak kawen aku buat sendiri ikut suka tangan aku.

Bahan-bahan

Laksa kering

Ikan (yg ni aku guna ikan sardin + ikan kembung)- ikan sardin tu bukan ikan yg dlm tin tu yer.. ikan basah.

cili kering

bawang

Asam gelugur/keping

bunga kantan

daun kesum (daun cendehom kalau kat utara ni)

garam

(amaun dia ikut suka hati)

Cara-cara

Rendam laksa dulu dalam air.

Kemudian rebus ikan, letakkan asam keping di dalamnya.

DSC04015

Ini rupa ikan yang telah direbus. Ikan ini kemudiannya diasingkan antara isi dan tulang. Jangan dibuang tulang ikan tersebut.

Selepas siap dikopek, isi ikan boleh dihancur2kan.. tapi aku lebih suka blend sebab nanti kuah akan jadi lebih pekat.

Tulang ikan itu pulak diblender, tapis ambil airnya. Mak aku ajar, tulang ikan tu blender banyak kali sampai air tulang tu jadi jernih..

Masukkan air tulang ikan dan isi ikan ke dalam periuk.

Sediakan cili kering (yg telah direndam), lebih kurang 12 tangkai (atau lebih), bawang merah (5 ulas ), bawang besar (2 labu) dan belacan (suka hati)- kalau anda allergy, tak bubuh pun takper.

DSC04016

Bahan2 atas ni diblender sekali dan kemudian masukkan ke dalam kuah tadi.

DSC04017

Kemudian, sediakan pula daun kesom, bunga kantan dan asam keping

Masukkan  ke dalam kuah tadi.

DSC04018

Rebus kuah tadi hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Sekiranya kurang masam, boleh ditambah lagi asam keping.. sekiranya mahu pedas lebih, boleh tambah lagi cili kisar.

Sediakan ulam-ulaman

DSC04019

Aku guna apa yg ada jer

1. daun selom

2. timun

3. bawang

4. cili padi

5. telur

Selain ulam diatas, boleh juga ditambah

Daun janggus, limau nipis.. adajugak org letak nenas

Selain dari tu ada juga org buat sambal kelapa..

Aku rebus 2 jenis laksa.. Satu laksa halus dan satu laksa urat besar. Laksa halus ni lebih kurang besar bihun, glamer kat belah siam. Laksa besar ni yg mcm laksa biasa tu.

DSC04020

Laksa urat halus

DSC04021

Laksa urat besar..

Okay… dah siap semuanya.. senduk laksa, masukkan ulam-ulaman dan tuang kuah ke atas laksa.

Biasanya aku akan picit limau nipis dan juga campur kicap. Feveret aku kalau makan laksa mesti nak letak kicap..

DSC04024

Inilah hasil laksa buatan tangan aku.. Aku memang suka buat kuah pekat, baru kick…

Selamat mencuba…

Read Full Post »

Nasi Ulam

Bila tiba Ramadhan jer, mulalah terfikir nak makan nasi ulam.. sebab time puasa jer baru jumpa kelibat nasi ulam ni..

Ohh! Jangan keliru, nasi ulam ni tak sama macam nasi kerabu. Nasi kerabu tu yg famous kat Kelantan, yang dicampur dengan budu, ada solok lada, ada sambal etc.

Nasi ulam ni adalah resepi dari utara. Semalam balik berbuka di rumah ibu mertuaku. So anak lelaki manjanya a.k.a hubby aku membodek maknya untuk buatkan nasi ulam. Lagipun beli nasi ulam kelmarin kat Bazaar Ramadhan.. alahai, dah le sejemput, putih jer nasinya, ulam pun berapa kerat jer boleh kira, kerisik jer lebih.

Aku sebabgai memantu yang saja menunjuk merajinkan diri, pergilah dapur nak tolong2. Betapa sayangnya ibu mertuaku sebab dia tak bagi aku buat kerja, suruh rehat, jaga cucu ketiganya yg dalam perut tu.. Tapi aku sempat juga mengintai resepi nasi ulam mertuaku..

NASI ULAM IBU MERTUAKU

Nasi putih

Ikan kering (kalau boleh ikan yg isi gebu cam ikan talang)

Ikan masam (biasanya ikan tenggiri)

Ulam-ulam (mak mertuaku kata boleh letak sampai 101 jenis ulam)

kerisik

Rencah

serai

halia

lengkuas

bawang besar

pati santan.

garam secukup rasa.

Cara memasak

Serai, lengkuas, hali, bawang besar, cili padi, dihiris nipis.

Blender bahan diatas bersama dengan pati santan.. kemudian letak di atas api sehingga sedikit mendidih.

ambil ulam-ulaman ,tak kisahlah nak bubuh ulam apapun, lagi banyak jenis lagi bagus.

Goreng ikan kering dan ikan masam. Ambil isinya dan di peroi di atas nasi

*peroi = aktiviti menghaluskan ikan dengan tangan dan ditabur di atas nasi

Masukkan rencah, ulam-ulaman,kerisik dan garam ke dalam nasi. gaul sehinggga MESRA..

Siap untuk dimakan.

Selalunya sedap dimakan bersama asam pedas keladi..

Inilah lebih kurang rupa nasi ulam.. yg ni aku cedok dari blog orang, tapi yg MIL buat lebih sedap..

Read Full Post »

MENU HUJUNG MINGGU

Hari minggu merupakan hari dapurku berasap.. hari lain pun berasap juga, tapi kejap2 jer.. so meh tengok apa menu aku hari ni

DSC03574 DSC03575

menu 1 : kari kapla ikan resepi hana & Nazim

cara2nya:

tumis halba campur, kemudian bawang merah, bawang putih yg dihiris, juga daun kari

Masukkan rempah ikan campur (rempah giling + rempah serbuk) yang sudah dibancuh dengan air

Biar sehingga pecah minyak

bila pecah minyak, masukkan ikan bersama kepalanya, gaul sampai mesra..

Apabila agak mesra gitu, masukkan santan secukupnya..

biarkan mendidih.. masukkan bendi dan akhir sekali garam secukup rasa… no msg adding please..

Lauk2 lain tu adalah… sayur air bayam, udang masak kunyit, sambal belacan dan juga  ayam + kentang goreng untuk Farish..

Dan semasa aku menulis ni.. semua di atas sudah licin… nak masak apa pulak malam ni..

Read Full Post »