Feeds:
Posts
Comments

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

BILIKKU DIKENCING

Aduih! ada story about my new patient pagi tadi..

Hari ni hari selasa, so hari selasa ni adalah aku terima kes2 speech baru sahaja.. Sebenarnya aku suka klinik Selasa ni, sebab jumpa patient amik case history, pastu buat assessment.. then copyright aku punya dialoque kat semua parents dan patient sepanjang hari tu..

dan hari ni aku terima lagi new case, 4 years old Indian boy with speech and language delay.

Aku pun cam biasa amik case history dari mak dia.. since mak dia ni dah 40++ years old, so aku panggil dia “aci”..

Antara soalan yg akan ku tanya adalah tentang toilet train…

dan soalan aku berbunyi “anak puan still pakai pampers lagi ker?”

So tadi aku tanya aci tu, dia jawab “dia dah tak pakai pampers”

So aku pun impress sebab budak ni memang hyper dan memang tak faham arahan langsung tapi dah toilet train.

jadi, aku sambung lagi pertanyaan aku ” Jadi, kalau dia nak kencing ker berak ker, dia habaq macam mana kat kita?”

Aci tu jawab ‘ dia tak pandai cakapla. dia cuma takmau pakai pampers. kat rumah pun kencing merata”

Aku pun bila aci tu jawab macam tu, terus pandang anak dia.. dan tengok anak dia dah pissing kat bilik aku.. atas karpet tu.. aku pun menjerit..

Yang aci tu selamba jer cakap “tengok, saya cakap tadi dia tak pandai nak habaq. Dia mau kencing, dia kencing saja”

Aku pun tanya ” Aci tak ajar dia kencing dalam bilik air ka?”
Aci tu jawab ” saya taktau bila dia mau kencing”

Aku : Ayo Aci, tak boleh macam ni… aci kena ajar dia kencing berak kat dalam bilik air.. kalau keluar rumah macam mana?”

Aci: keluar rumah macam nilah, dia mau kencing, dia kencing saja..

Aku: tak boleh macam ni aci, kalau mau keluar, aci kena bagi dia pakai pampers jugak. kat rumah tak payah, tapi kena ajar dia kencing dalam bilik air.. pastu aci kena tahu bila dia nak kencing..”

Aci: dia kalau mau kencing, dia kencing saja, saya mana tau.

AKu pun dah tak larat nak argue ngan aci tu, aku pun terus buat referral kat occupational therapy for toilet train..

Aku:Aci, nanti pergi bawah, ambik appointment untuk ajar anak aci kencing sendiri. Saya cuma ajar anak aci cakap, tapi aci kena bagi dia pakai pampers.. kalau tak teruklah saya mau cuci ini kencing.”

Aci: tak apa… saya bawa banyak seluar salin dia sebab saya tau dia tak pandai nak habaq.

Aduih! aci ni tak faham maksud aku ker???

Dan aku bagi dia surat rujukan ke OT, takde mood nak buat assessment kat anak dia.. terus aku call cleaner.. nasib baik cleaner tak lunch lagi time tu..

Sekarang bilik aku dah bogel, sebab karpet terpaksa di bawa keluar untuk dicuci dan dijemur…

Read Full Post »

Look-alike Meter

Betul ker result ni???

Tapi memang kalau orang tengok Farish.. 50% kata ikut muka aku, 50% lagi kata ikut muka hubby..

Apa plak pendapat korang????

MyHeritage: Look-alike MeterFamily historyFree family history

Read Full Post »

Sessi Physio hari ini

Bangun pagi ni terasa sakit sebelah kanan lak, semalam kiri,, ke sebab aku buat exercise, pain tu dah moved to other side, tapi sebelah kiri dah tak sakit. Tengok cermin, bahu dan badanku masih senget lagi..

Mula tu aku ingat nak ikut hubby gi kerja.. tapi hubby ada kursus hari ni, so dia minta aku pergi sendiri. Kalau ikut appointment kul 8am, tapi aku kul 9.15am baru bertolak dari rumah.

Sampai physio, nasib baik orang tak ramai, lagipun ramai therapist ada conference hari ni.

So macam biasa pergi untuk buat hotpack therapy jer, sempat tido seround..

Haha! sebenarnya aku nak tulis exercise yg Ira ajar aku semalam.. mana tau aku lupa, boleh refer dan juga kalau korang ada prob mcm aku, boleh try.

Step 1

Angkat bahu dan tahan hingga kiraan 10. Turunkan bahu dan press down dengan kiraan 10 gak.. ulang 5x.

Step 2

Buat stretching dengan silangkan tangan (mcm gambar kat bawah) dalam kiraan 10 bergilir2 kanan dan kiri

STEP 3

Regangkan tangan ke bawah, ke depan dan ke atas, biar terasa pada bahagian belakang. buat dalam kiraan 10 juga.

Step 4

Stretching bahagian pinggang (mcm gambar di bawah), for pregnancy, advisable untuk buat sambil duduk

Step 5

dengan ukuran satu siku antara badan dan dinding, berdiri tegak. Tolak pinggul ke arah dinding.. Exercise ini untuk re allignment pinggul aku yg dah tonggek sebelah..

So bolehlah mencuba.. pas 2 hari aku buat, nampaklah perubahan especially bila nak bangun dari baring..

Read Full Post »

Aku dah kembali

Dah 2 minggu aku tak hapdet diary ku ini.. Ya aku baru pulang dari event yang panjang.. start dengan temporal Bone Course kat Langkawi 3 hari dan bersambung jalan-jalan ke Medan selama 5 hari dan aku pulang ke Malaysia pada 21hb lepas malam pukul 8 di Airport Penang.. Makanya semalam adalah hari unpack barang dan juga basuh baju.. malangnya semalaman hari hujan, makanya ada 1 lagi baldi baju yang belum dibasuh kerana baju semalam pun tak kering2 lagi..

Sila beri aku sikit masa untuk update gambar2.. semalam sambil masak aku dok upload gambar dalam facebook.. aduih! lambat giler.. Hari ni plak nak upload gambar dalam fotopages Farish dulu.. sambil2 tu ada masa aku try upload gambar percutian aku kat sini jugak..

Harap bersabar..

Read Full Post »

Aku baru jer sampai dari Langkawi semalam.. letih tu.. Biasalah kerja urusetia kan siang malam. Hari pergi tu kira laut tengah berombak manja gitu, so bot ke Langkawi tu pun jalan melompat2.. tapi Alhamdulillah, aku tak mabuk2 pun sedangkan AJK lain siap muntah sana sini.. yang paling teruk anak dara lak tu.. turun bot jer, semua tanya “Hana naik bot tadi ok ker?” sedangkan aku dari awal naik bot sampai Langkawi, aku tido jer.. dan smapai Langkawi akulah org paling fresh.. hehehe!

hari 1st sampai tu biasalah, busy skit, unpack barang, susun meja itu ini dan prepare untuk esoknya.. habis kerja kat kul 11mlm gak. esok pagi kul 7 dah kena buka kaunter dah..

hari perasmian still okay lagi.. memang la busy (atau aku yg buat2 busy).. sampailah malam ada BBQ dinner (di dalam hujan renyai2 tu)

hari ke2, pagi ada lecture, tapi aku tak sempat dgr satu lecture pon, sibuk mengira duit kat bilik urusetia, dan petang tu aku join treasure hunt.. best giler.. nasib baik treasure hunt habis kul 5, so aku sempat catch bot kul 5.30pm.. sampai rumah konon nak terus packing.. takdenya.. farish dah cari  susu cap gantungnya, dengan aku sekali belayar sampai pagi ni…

Ni belum packing lagi ni.. kul 12 aku dah nak chow gi airport Penang… Medan.. waiting for us…..

Read Full Post »

Read Full Post »

Sejak 2 menjak ni banyak betul penyakit2 mengancam nyawa.. dan the latest adalah H1N1 or nama glamernya adalah selesema babi..

Dulu ada selesema burung, habis semua unggas2 kena bunuh.. kesian mereka tak bersalah… tapi sekarang ni selesema babi, babi tak dikenakan tindakan pun…

Dan aku yg bekerja di hospital besar ni lagilah senang nak terdedah.. Dan sekarang ni, ruang hospital dah jadi sempit di kecemasan kerana sebahagian tempat adalah kawasan larangan (kawasan saringan H1N1).. dah jadi macam kawasan lepas jenayahlah, tali meah putih berselirat sebagai tanda “NO ENTRY” kawasan berbahaya.. Dan sekarang ni aku terpaksa berkerja dengan menggunakan mask 8 jam. Aku cukup tak suka guna mask.. susah nak napeh tu.. Dan juga itu adalah skil komunikasi yang salah.. jumpa pesakit untuk buat terapi tapi mulut kena cover, mcm mana patient ku nak belajar cakap.

Dan masuk hari ni dah 5 hari aku kena selesema dan batuk.. Dan Alhamdulillah aku masih belum menunjukkan gejala H1N1 (nauzubillah), sebab aku tahu penyakitku ini bukan H1N1 tapi H1D24.. virus influenza baru ker?

H1D24 adalah selesema yang bermusim.. Setiap tahun hanya sekali jer dalam bulan Mei-Julai.. Sebab time tu jer virus ni merebak.. Dan kali ini mangsanya adalah aku..

Apa itu H1D24?

H1D24 adalah selesema dan batuk2 disebabkan oleh terlebih makan durian.. HAHAHA! (Sorry to KKM, reka virus sendiri)

Akibat melantak durian di bawah pokok, tak sempat lari bila hujan datang, aku terus diserang H1D24 sampai sekarang.. tapi dalam dok selesema pun, bila jumpa durian depan mata, aku sambar jugak.

Yelah, durian sekarang ni memang time durian kampung yang rasanya tak sama mcm durian siam yang boleh jumpa tak ikut musim tu.. Maka aku pun dengan sukacitanya melantak sepuas hati..

Semalam, kawan hubby dari Sik datang hantar durian lagi satu bakul… macam mana virus ni nak hilang…….

Read Full Post »

Older Posts »