Feeds:
Posts
Comments

Pernah dengar tak lagu tu… kecik-kecik dulu aku suka nyanyi. Ada game kan, yang kira-kira jari tu..

Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal lagu tu..  cuma ada satu kelemahan aku yang korang tak tahu…

Aku amat confuse kalau kena gi pasar. Sejak zaman bujang, ayah yang keluar beli ikan kat market (orang Kedah speaking tau, depa tak panggil pasar, tapi market)

Bila dah kahwin pulak, memang hubby yang gi beli ikan. Sellau beli kat Kuala Kedah @ Kubang Rotan.. Sebab ikan kat situ fresh, baru jer bawa naik dari bot nelayan.

Alkisahnya kalau aku kena gi market, confirm aku akan amik masa yang lama nak pilih ikan sebab aku ni tak berapa kenal jenis ikan.

Zaman anak dara ikan yang aku kenal adalah ikan temenung (kembung) ikan merah/kerisi, ikan bawal, ikan haruan.. itu jer kot.. dan aku tak boleh beza ikan pari vs ketuka, keli vs sembilang.. teruknya…. Kalau mak suruh aku pergi beli ikan, aku akan tnaya dulu pakcik jual ikan tu ikan apa..

Sekarang ni kira updated sikitla, dah kenal ikan kerapu, ikan sebelah, ikan grout, ikan tenggiri.. tapi ikan lain tu aku masih confuse.. apatah lagi ikan besar yang dah ditetak-tetak..

Bukan tu jer, aku juga selalu mengalami masalah nak pilih ikan bilis.. Ingat lagi dulu time aku tingkatan 2, mak pesan suruh beli ikan bilis, aku pi Pekan Rabu (pekan hari kat kampung aku buat hari rabu, sebab tu panggil pekan rabu).. aku boleh dok lama depan orang jual ikan bilis tu. banyaknya guni ikan bilis, yang mana satu nak beli.. Last2 abang yang jual tu tegur aku “Ni mesti mak suruh mai beli ni, lepas tu tak tau nak pilih” aku sengih jer.. last-last aku beli ikan bilis yang besar supaya senang aku nak balik kopek nanti.. (dulu ikan bilis semua takdak yang dah siap kopek)

Tapi aku suka kalau gi Giant ka, Tesco ka, sebab ikan dia dah dilabel. So takde masalah aku nak beli ikan.

Advertisements

(Ini adalah entry lepas geram, so mungkin ada perkataan yang agak keterlaluan dalam ni)

Aku sebenarnya taktau nak letak tajuk apa buat entry ni… Nak kata sakit hati, tak sangat, nak kata geram pun, tak jugak.. tapi aku sedih dan amat kasihan dengan seseorang ni…

Alkisahnya, beberapa hari lepas aku sering mendapat email dari seseorang yang aku tak kenal.. entah sapa-sapa, tapi dia saaaaaangat prihatin dengan aku. Dan dia juga aku rasa peminat blog meraban aku ni gak, kalau tak, takkan dia rajin mengulas entry aku dalam email yang dikirimnya…

Aku pun taktau apa motif dia, mula-mula dia dok kutuk hubby @ cik somi (yg ditulis dalam email) aku.. macam-macamlah cerita keluar.. lepas tu, dia kutuk aku pulak.. Apalah minah ni, yang mana satu dia nak sampaikan, cerita buruk pasal laki aku atau cerita buruk pasal aku.

Dan aku sangat sedih kerana dia itu bersusah payah, berhempas pulas mencari idea menulis tentang keburukan kami.. Sedih sebab cerita2 yang dia buat tu, sangatlah tak masuk akal.

Dan aku jadi kasihan pulak selepas tu sebab ada gak orang yang busuk hati macam dia. Kasihan kerana takdak kerja pi cari kerja tambahan, hantar email takde kandungan yang membina akal langsung.. Sudah-sudahlah,,,

Aku hanya terfikir bahawa orang ini sebenarnya kurang kasih sayang dalam diri dia. Sebab tu dia tak boleh tengok orang lain berkasih sayang kot.. Menurutnya, dia ada suami, maka, carilah kasih sayang itu dari suami anda.. bukannya mencari kasih sayang dengan memburuk-burukkan pasangan orang lain.

Dan yang ini aku sangat GERAM dan MARAH……

Kalau hang nak hina aku atau suami aku sekalipun, aku tak kisah, sebab aku tau itu memang sifat pemfitnah…

TAPI

aku amat marah sehingga menggigil tangan aku bila hang cuba mengaitkan susu ibu dalam kutukan hang tu.. Aku sangat-sangat tak boleh nak terima… Kutuklah aku dan suami selaut, segunung manapun, tapi PLEASE, jangan sentuh pasal susu ibu dalam email tak bertamadun hang tu..

Dan aku sebenarnya masih menunggu email-email dari hang… Rajin-rajinlah lagi send email kat aku yer… Aku suka baca coretan hang tu….hantarlah lagi… aku sedia melayan email2 hang tu….

Lelaki dan Baby

Aku tulis entry ni sebab teringat perbualan aku dengan kawan lama aku, seorang lelaki yang masih bujang.. Dan jawapannya mengingatkan aku kepada beberapa perbualan dengan beberapa kawan lelaki aku sama ada sebelum kahwin atau selepas aku kahwin.

Rata-rata lelaki bujang (yang aku interview tu), tak suka kepada newborn baby. Baby yang mereka suka adalah baby yang dah pandai berjalan dah bercakap, yang dah tak pakai pampers.. Kalau ghoper itu punya baby, dah tak panggil baby lagilah abang oi!

Dan reason kenapa mereka tak suka baby adalah:

1. kena jaga tengah-tengah malam bancuh susu bila baby lapar

2. kena jaga tengah-tengah malam salin pampers

3. baby asyik nangis, bingit telinga

4. geli sebab baby lembut, fragile

5. Baby tak pandai bergurau senda

Aku highlightkan statement 1 & 2.. kerana ini yang kerap aku dengar.

Dulu, aku pun setuju tentang pendapat tu.. cuma aku geram jugaklah dengan lelaki yang menyerahkan segalanya kat isteri dia.. tolonglah bangun malam-malam bancuh susu, tolong salin pampers.. Itu pendapat aku sebelum aku kahwin..

Tapi selepas kahwin dan mendapat anak,aku  nak menyangkal pernyataan lelaki2 bujang tersebut..

Dan statement ini aku dah beri kepada kawan aku tu

1. kena jaga tengah-tengah malam bancuh susu bila baby lapar

–  suruh bini BF, senang cerita….

baby takkan nangis lama kalau dia lapar susu. baby nangis, bini jaga, selak baju, BF dan baby senyap (tak sampai seminit)

kalau bagi FM,baby akan menangis lebih lama kerana tempoh penyediaan FM mengambil masa paling cepat 5min kot.

Dan yang penting,hang tak terganggu tido malam.. tak perlu bangun bancuh susu, tak perlu nak redakan tangisan anak sementara bini pi bancuh susu.

2. kena jaga tengah-tengah malam salin pampers

-yang ni aku nak gelak.. adui! Hang bukannya hidup zaman 70an, 80an lagi.. time tu memanglah kena jaga malam-malam salin lampin sebab baby pakai napkin.

sekarang ni rata2 pampers dah bermutu tinggi. tukar pukul 10am, sampai ke pagi esok tak bocor.

(Aku saja taknak cerita pasal CD, kang lagi ternganga kawan aku tu)

Dan untuk pengetahuan, baby BF tak membuang air yang banyak. berbeza dengan bayi FM. So sekeping pampers/ CD dah cukup sepanjang malam (CD tu letak 2 insert yer)

Maka untuk jejaka di luar sana, jangan bagi alasan itu yer takmau anak….

gambar ehsan Googles images

World Cup dah tamat

Tetiba jer baru nak tulis pasal world cup Afrika Selatan 2010. Semua pun tahu yang Spain @ Sepanyol berjaya menjulang pila dunia rebutan ramai tu.

Aku sebenarnya bukanlah peminat gila bola pun. Tapi ada masa aku layan gaklah. Luckily, hubby pun bukan hantu bola macam lelaki lain. So, tak pernahlah kami ni nak berjaga kul 2-3 pagi melayan live kat Astro. Yang mana game kul 10pm tu bolehla layan.. Kalau tak pun kami layan siaran ulangan jer.

Aku rasa aku tengok live tak sampai 5games pun. Tapi jangan tak tahu, aku bangun kul 3.30am layan final semalam. Itupun sebab aku nak bangun sahur.Aku rasa game yang aku tengok pun adalah game time pembukaan, RSA lawan…..,

pastu tengok perlawanan Korea Selatan vs….., Brazil vs Portugal, Korea Utara vs Portugal, Jerman vs Argentina, dan final pagi kelmarin.. Penat jer bayar Astro sport tu….

Apapun tahniah pada Paul si octopus yang berjaya menarik perhatian orang ramai.. Tapi kan, bila aku tengok balik gambar2 Paul tu, majoriti pasukan yang menang, kotak bendera tu berada di sebelah kirinya. Aku rasa kalau nak realible data, kena buat 3 kali tests, baru valid..

Cuma ada satu benda tentang world cup ada kaitan dengan kami. Alkisah, bulan lepas, since abi boring tunggu aku habis SGM, hubby bawa Farish pergi shopping. Balik tu aku tengok hubby belikan Farish dan Firas jersi bola. Untuk Farish jersi Belanda, untuk Firas jersi Sepanyol. Aku pun heran kenapa hubby belikan jersi 2 negara tu, kalau aku, aku mesti beli jersi Brazil. Hubby kata dia suka colour jersi oranje Belanda tu dan juga jersi biru Spain tu cute sangat untuk Firas.

Rupanya hubby juga seorang peramal tepat. waktu beli tu world cup baru jer bermula, tapi hubby dah predict pasukan mana ke final.. Syabas hubby.

Apapun, syabas Spain….

Sebenarnya aku dah lama nak buat entry ni, tapi asyik busy, takdan nak update blog.. So malam ni aku agak free, so aku nak taip apa ajer yang terlintas dalam kepala aku..

Pada 20hb jun baru ni genaplah 3 tahun pemergian arwah mak aku

Aku ada story dalam entry ni tahun lepas

Entahlah, bila aku sedikit kesulitan, aku sering teringat kat mak. “Alangkah bagusnya kalau mak ada” – itu yang selalu terlintas di fikiran aku.

Antara perkara yang aku amat ingin mak ada adalah – mengikutku pergi kursus sekiranya aku perlu membawa anak-anakku.. tidak perlulah hubby kena apply cuti semata-mata ikut aku berkursus. Aku jeles sebenarnya tengok kawan-kawan aku tinggalkan anak kat mak mereka, bawa mak mereka ikut kursus kalau hasben tak dapat ikut.. tapi aku takde keistimewaan itu.. Nasib baiklah aku ada suami yang istimewa, sanggup jagakan anak-anak ketika aku kena gi kursus.

Dan andainya mak masih ada aku ingin sampaikan perkara ini kepada mak..

Antara pesan arwah pada hubby

1. Na ni jenis manja tapi ketegaq.. kalau perlu marah dia

2. Na ni penyegan a.k.a pemalas, nanti dah dok rumah sendiri, suruh dia kemas rumah

3. Na ni jarang sakit demam, tapi kalau dia demam, memang teruk dan manja dia melampau sikit.

andainya mak dengar saat ni, cheq nak habaq kat mak yang

1. Cheq memang manja dan dimanjakan oleh laki cheq, dan kalau cheq salah, laki cheq akan tegoq baik-baik

2. Perangai penyegan cheq tu masih ada lagi, tapi cheq terpaksa buat gak, sebab kalau bukan cheq yang buat, sapa lagi nak buat.. Tapi mak… bab lipat baju tu, masih tak ghajin lagilah

3. Yang ni cheq dah tak mengada dah. Kalau demam pun, cheq pi gheja.. dulu kalau demam, mesti cheq amik MC.

Dan cheq rasa cheqlah anak mak paling berdikari, sebabnya cheq mampu pantang sorang diri, buat gheja,masak sendiri pas seminggu bersalin..

Dan andainya mak masih ada…

rumah kita kat kampung sure meriah kan mak.. Weekend mesti anak cucu mak penuh rumah..

Tapi lepas ayah kahwin lain, ayah pindah ke rumah isteri baru dia.. rumah tu cheq nampak suram sangat.. tak macam dulu.  Pokok2 yang mak tanam keliling rumah tak terurus, dah naik lalang dah mak.

Andainya mak masih ada………………………………………………………………………………………..

(Alfatihah buat Allahyarhamah Naimah bt Harun)

Tahun ni barulah aku dan hubby dapat menyambut anniversary dalam ertikata sebenar.

Anniversary pertama jatuh ketika aku betul-betul habis pantang.. tak boleh nak keluar makan-makan sbab Farish kecik lagi. So hubby just belikan makanan dan makan kat rumah jer. Hadiah pun hubby beli untuk aku jer (dan aku tak beli hadiah kat hubby sebab aku takleh kuar rumah lagi)

Anniversary kedua paling hampeh sebab aku kena gi kursus seminggu kat Batu Pahat.. Chit! Langsung tak celebrate, hanya ucapan jer, dan pas seminggu barulah dapat tukar-tukar hadiah.

Anniversary ketiga, kami tak sambut beria-ia macam couple lain. Yerla anak dah dua, celebrate cara sederhana jer.

Sebab jatuh hari bekerja, so malam tu kami berempat keluar makan kat Kuala Kedah. Kami pefer makan seafood berbanding pergi restoran yang mahal-mahal.. Lagipun en. hubbyku ni kena ikut selera dia. Kalau dia nak gerai mamak tepi jalan, gerai mamak la kena pergi.

Kalau orang lain anniversary, buat surprise beli hadiah.. kami tidak. Kami pergi shoping hadiah bersama-sama. Kata hubby, tak payah nak surprise2 sebab kang beli benda tu tak berkenan, terpaksa buat2 berkenan jugak.

Makanya hadiah untuk aku kami shoping kat kedai emas dan hadiah hubby shopping kat kedai pancing. Puas hati, sebab masing-masing pilih idaman hati.

Dan anniversary kali ini kami banyak flashback tentang 3 tahun dulu. Aku pernah terbaca saranan seorang kaunselor tentang menyambut anniversary ini. anniversary yang indah adalah duduk berdua dan mengenag kembali saat-saat anda diijabkabulkan.

Yes! it is work. Kami mengimbas kembali setiap details peristiwa yang berlaku. Pada 1 hb tu hanya peristiwa akad nikah. masuk 2hb, tepat jam sekian2, kami mengimbas pula saat-saat disandingkan. sehinggalah hari ni pun kami masih mengimbas lagi saat2 3 tahun dulu.

Dan bila kita mengimbas saat2 ini, akan terbongkarla banyak perkara yang kami tak pernah bercerita sebelum ini akan keluar..

Mengimbas memori perkahwinan semasa tarikh2 yang sama amat bernilai bagi aku. Bukan tak pernah mengimbas cerita kahwin pada hari lain, tapi feel dia tak sama semasa mengimbas pada tarikh anniversary.

Cubalah, you will like it.

Dan kami juga suka mengimbas peristiwa2 penting pada tarikh2 tertentu. Contoh macam biirthday Farish, kami sama-sama mengimbas detik2 sebelum dan selepas kelahiran.. Dan Insya Allah bila Farish dan Firas (dan anak2 lain) nanti dah besar, aku akan mengimbas kepada mereka tentang saat-saat kelahiran mereka.. Sure sweet kan (ker aku sorang jer perasan sweet, sedangkan anak-anak aku rasa sour) hahaha!

Pejam celik,pejam celik, hari ni sudah 3 tahun usia perkahwinan kami.. Baru lagi kalau nak compare ngan kawan-kawan seusia aku yang anak dah nak masuk sekolah.

Tapi aku bersyukur, walaupun baru 3 tahun, tapi kami telah dikurniakan dengan 2 anak-anak teruna yang montel-montel dan debab. Anak-anak yang menghiburkan dan menjadi penawar di setiap ketika.

Dan aku paling bersyukur kerna dikurniakan seorang suami yang ku panggil hubby (singkatannya Bi) yang belum surut-surut perasaan kasih,sayang dan cinta antara kami berdua. Malah sentiasa bercambah-cambah. Bergaduh, bertengkar.. hampir tak pernah. Kalau ada yang tak puas hati, direct jer..

3 tahun usia perkahwinan, Alhamdulillah, segalanya sempurna bagi diriku. Kurang rintangan dan halangan tidak seperti semasa usia percintaan kami dahulu.

3 tahun berlalu, kami masih lagi gigih membina keluarga. Alhamdulillah, kami sudah mempunyai 2 buah rumah sendiri, 2 kereta, 2 anak, 2 motor (cuma, bi, ibu takmau 2 yang itu yer)

Tahun ni anniversary kami jatuh pada hari bekerja, so takde plan nak celebrate macam mana lagi.. Hadiah pun belom beli lagi ni.. ada idea tak nak beli apa?

3 tahun dahulu, inilah wajah kami

selepas 3 tahun….

Happy 3rd Anniversary Hubby… Semoga perkahwinan kita kan diberkarti Allah hingga ke akhir hayat