Selasa hari tu hari gi check up lagi. Alahmdulillah kandunganku dah masuk 31 minggu. Makanyanya minggu depan dah masuk 8 bulan.. kejap jer rasa..
OKay.. sebelum tu aku buat review sikit tentang perkembangan Minggu 31.
(sumber: Koleksi pa&ma :40 Minggu nan Indah )
Minggu 31: Mengatasi rasa tidak selesa
Antara rasa tidak selesa adalah
1. Anda akan berasa sukar bernafas kerana bayi mula menghimpit jantung dan paru-paru. Begitu juga buah pinggang dan pangkal rahim.
2. anda akan rasa kurang selesa dengan pergerakan bayi. Anda akan kerap kencing atau terkencing apabila batuk dan berasa sengal dan geli pada pangkal rahim.
3. perubahan pada saiz payu dara.
4. Braxton Hicks juga mula dirasai apabila bayi mulamengeras untuk menguatkan ototnya
5. Anda berasa tendangan bayi lebih kuat. Bayi sihat akan bergerak 10 kali sehari.
6. Mudah merasa letih.
Keadaan tersebut boleh dikawal dengan”
1. Merehatkan diri
i) mengendurkan badan – baring dengan meletakkan bantal di belakang badan.
ii) mengiring dan sebelah kaki dibengkokkan
iii)rehatkan minda : tarik nafas secara perlahan dan seimbang
Bayi : Fizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian paru2. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju. Bayi mula merasa sakit jika kedudukannya tidak betul, dia akan bertukar posisi jika tidak selesa. Berat menjangkau 1.4kg dan tinggi 40cm..
Perkembangan daku dan anakku pada 31 minggu
Aku:
berat turun 3kg.. mungkin sbab puasa kot. So far aku sihat dan bertenaga so boleh terus berpuasa. Sakit gigi berdenyut2. Jumpa dentist, rupanya nak jadi ulcer kat gusi bawah kiri. Sakit belakang dah berkurang, sakit lutut pulak. jumpa physio buat tense therapy lak.
Kencing nak kata kerap tak sangat. mungkin puasa so tak banyak water intake. Letih? sebab puasa sama kot. tapi confirm kul 10pm aku dah selamat tido. Cramp kaki? semalam aku cramp kaki dua2 belah serentak.. menangis2 aku, terpaksa kejut hubby urutkan. mungkin gak sebab aku banyak berdiri sebab masak (semalam kakakku sekeluarga berbuka puasa kat rumah aku)
Aku kerap rasa sesak nafas, kadang tu rasa cam nak pitam.. betullah kalau ikut perkembangan tu.
Baby:
Sikecikku duduk menyongang lak, kepala di atas. tapi kak Muri kata, ada banyak masa an ruang lagi dia nak pusing balik. As long as placenta kat atas, tak perlu risau.. (Mak mertuaku mengandung kembar, sorang melintang, sorang songsang, boleh jer deliver normal)
Beratnyer sekarang dah 1.64kg. Kak Muri kata comel (kecik), tapi normal range.. macam abang ia jugak. pastu keluar, cepat no naik beratnya. panjang? aku taktaulah pajang ni nak refer mana satu kat dalam scan ni.. asyik lupa jer nak tanya kak Muri..
So, next check up pada 15/9, sebelum raya…
take care…membaca posting u, i mula terasa akan senak & sesak 3rd trimester. padahal perut ku senak selepas berbuka aje ni..hehehe..
Zakiah,
Senak pas berbuka kena jaga2. sure pastu kena deliver stool and air… extra bau sekali..