Lelaki memang cerewet,terutama kalau bab pilih jodoh.. Ni aku nak story tentang sorang kawan hubby ni.
Kawan hubby ni yang kami gelar dia KERTU (kertu tu sebenarnya singkatan dari apa yer? tapi yg aku tahu digunakan untuk bujang terlajak)..
Umur dia dah 32 thn, satu kolej ngan hubby dulu. Memang rapat ngan hubby since depa asai dari Perlis gak. Kertu ni dululah yg jadi pengapit hubby time kami kawen, kira kamceng habisla. Muka dia memang good looking. chinese look, tinggi, kategorilah hensemlah.. Kalau pompuan tengok memang cairlah..
Tapi itulah, masih belum kahwin lagi.
Hubby cerita dia memang memilih sikit (aku rasa bukan sikit, tapi banyak).. Nak yg cantik, body solid, senang nak dibawa ke sana ke mari.. Memang ramai pompuan yg dia dah kawan, tapi ade jer yg tak kena. Bila dah cukup kriteria, adelah slack dia, kadang tu kes loghat pun jadi masalah, suara besar sikit pun dah reject.. Kitorang dah tak larat nak rekomen dah..
Bila jumpa yg cam perfect ngan kriteria dia, start la, bagi ayat2 ngeri (biasalah lelaki, suka cakap bab 18sx ni), bayangkan baru seminggu kenal dah ajak org cerita bab2 18sx, kalau aku pun , aku taknak jantan macam tu. Sedangkan ngan hubby aku pun, start bertunang, baru kitorang open cerita bab 18sx ni.. Itupun sebab aku ni blur sikit.
Kertu ni kerja kat Perlis, tapi sekarang tgh buat pos-basik course kat Alor Star. Jadi dia call hubby nak jumpa, hubby suruh datang rumah. nasib baik aku masak lebih, bolehla jamu dinner malam tadi.
Time makan tu, Farish tumpahkan nasi atas lantai, hubby yg tolong kutipkan, pastu hubby gak yg layan Farish makan. Sebabnya Farish dok sebelah hubby sedangkan aku duduk opposite diorang. Pas makan, hubby terus amik penyapu, dan sapau nasi yg tumpah bawah meja tu.. Then lepas makan tu, aku buatkan air, dan hubby yg tolong serve. Lepbih kurang setengah jam, kertu nak balik, dia ajak hubby gi lepak kat rumah sewa dia plak.
Malam tu bila hubby balik, hubby pun cerita yang Kertu tu takut nak kahwin pulak.. Kenapa plak.. sedangkan tadi dok syok suruh aku carikan org untuk dia.
Nak tahu sebabnya.. sebab tadi dia nampak hubby yg buat semua kerja. Hubby yg bersihkan nasi tumpah, sapu lantai, angkat air… Dia taknak kahwin sebab nanti kena buat semua kerja tu.
Hubby pun terus cakap “Bini aku tengah sarat, setakat kerja macam tu biasalah. Lagipun kalau hang sayang orang tu, hang akan buat apa saja.”
Kertu : tapi aku nampak macam kena queen control jer
Hubby : Queen control apanya.. Dia dah tgh sarat, masak lagi, kemas rumah lagi. Setakat sapu nasi tumpah tu bukan apa sangat.
Kertu : tu yang aku takut nak kahwin, nanti bini suruh buat itu ini..
Hubby : Tak mau kahwin sudah. Simpan lah teloq hang tu sampai berkulat dlm seluar .
Bila aku dengar.. Lelaki ini memang tinggi egonya.. Oooo.. habis tu bila kahwin, nak org layan dia macam rajalah. Makan nak kena suap, berak nak kena basuh.. patutlah susah nak dapat jodoh.
Itu baru dia tgk hubby, kalau dia pergi rumah kawan diorang yg lagi sorang, aku rasa lagi terus dia takmau kawen. Sebabnya, kawan hubby yg sorang ni lagi ringan tulang.. Kalau org datang, memang dia yg akan buatkan air, dan dia pun suka masak2. Kalau kalau pergi rumah diorang memang selalu rasa masakan kawan hubby ni sebabnya bini dia memang kurang pandai masak.. Aku tahulah sebab aku pernah tido rumah bini dia a.k.a kawan baik aku juga.
Lelaki ni memang jenis cerewetkan? Hubby dulu pun cerewet gak bab pilih bini ni. Alhamdulillah, pas kahwin cerewet2 dia tu dah hilang..
huhuhu… terukler dia tu kan kak…?
xpelh… mgkn ada pengalaman silam @ masa kecik dulu kut yg wat dia takuttttt nak kahwin…
hurm… rasa nak marah pun ada tp dlm masa yg sama lucu sbb dia hny nmpk luaran org yg dh berkeluarga sbb dia belum merasa…
kita doakan dia agar cpt2 dpt jodoh… amin…
jgn terlalu memilih sgt…